Monday, April 11, 2011

Tiada manusia Sempurna Imannya

Tiada manusia sempurna imannya kerana setiap orang mempunyai kelelemahan.Seseorang yang beriman tentu mempunyai kesalahan dan memiliki sifat buruk yang sukar dihilangkan.Tiada orang mukmin yang sempurna.
Pandangan orang jarang ditujukan pada hal-hal yang berada di pertengahan antara dua hal yang berdekatan.Bagi sesorang sesuatu itu warnanya putih sahaja,sebahagian lain hitam sahaja,mereka lupa adanya warna lain iaitu yang tidak hitam atau tidak pula putih.
Nabi S.A.W pernah bersabda kepada Abu Dzar r.a,baginda bersabda "Engkau seorang yang masih ada padamu sifat jahiliyah". Abu Dzar adalah sahabat yang utama termasuk orang pertama yang beriman dan berjihad akan tetapi masih lagi ada kekurangan.
Juga dalam Sahih Bukhari diterangkan oleh Nabi S.A.W " Barangsiapa yang meninggal bukan kerana melakukan jihad dan tidak dirasakannya dalam jiwanya maksud akan berjihad maka dia mati dalam keadaan sedikit ada nifaknya.
Abdullah bin Mubarak meriwayatkan Ali bin Abi Talib r.a yang mengatakan sebagai berikut: "Seorang mukmin itu permulaannya tampak sedikit putih dalam kalbunya;setiap kali imannnya bertambah,maka bertambah putihlah kalbu itu.Begitu seterusnya hingga kalbunya menjadi putih semua.
Begitu juga kemunafikan,pertama ada tanda-tanda hitam dalam kalbunya setiap kali melakukan kemunafikan,maka bertambah pula hitamnya,sampai hatinya menjadi hitam semua.
Demi Allah jika dibuka hati seorang mukmin,maka tentu tampak putih sekali;jika dibuka hati orang kafir,maka tentu tampak hitam sekali"
Ini bererti seseorang tidak dapat sekaligus menjadikan imannya sempurna atau terus munafik tetapi kedua hal itu menjadi dengan bertahap,yakni sedikit demi sedikt.

No comments:

Post a Comment