Wednesday, July 22, 2009

PENGUKUHAN&TUGASAN PELAJAR (1)EDISI SESAT

Pengukuhan
Pelajar dikehendaki menjawab soalan-soalan dibawah dan emailkan jawapan anda ke
mahis_08@yahoo.com

1.Apakah maksud ajaran sesat.
2.Apakah dua contoh ajaran sesat di Malaysia
3.Apakah 3 ciri-ciri ajaran sesat yang diamalkan di negara kita
4.Apakah akibat mengamalkan ajaran sesat terhadap individu
5.Apakah ciri ajaran Taslim



Tugasan Pelajar(1):

Pelajar dikehendaki menghasilkan Buletin berkaitan ajaran sesat

langkah-langkah kerja:
1.Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan
2.Pelajar perlu mengakses dekstop/komputer masing-masing
3.Kandungan buletin boleh berupa ciri,faktor,langkah menangani ajaran sesat dan sebagainya yang dirasakan releven dengan tajuk
4.Bagi menghasilkan Buletin pelajar boleh menggunakan perisian Microsost Publisher
4.Bahan/sumber boleh didapati di laman-laman web/blog seperti berikut;
www.ayahpin.blogspot.com
http://wikipedia.org/
http://www.gemaislam.net/
http://www.scribd.com/
http://www.jheat.terengganu.gov.my/ajaranSesat.php http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/p_islam/p_islam5/akidahsub11.htm

Bagi memudahkan pelajar kesemua laman tersebut telah dipautkan ke laman BLOG GURU:
http://yaustazi.blogspot.com
http://bestamahis.blogspot.com

Tuesday, July 21, 2009

EDISI SESAT

"EDISI SESAT" merupakan judul Projek Based Learning kursus KDP Pembestarian sekolah di IPGM kampus Pulau Pinang bagi kumpulan saya dan seorang rakan guru dari sekolah Men.Teknik.Seberang Prai Pulau Pinang..Projek PBL ini merupakan refleksi kursus 4minggu kami.Projek ini memerlukan pengintegrasian Teknologi Maklumat yang menghasilkan satu projek Pengajaran&Pembelajaran yang menarik untuk pelajar.

Penerangan Projek
Projek ini diberi nama "EDISI SESAT" kerana berdasarkan topik Ajaran Sesat bahagian Akidah Ting 5.Projek ini mengandungi 5 tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar.Kesemuanya melibatkan penggunaan TMK/ICT.Tugasan pertama menghasilkan Buletin yang memaparkan info ringkas berkaitan ajaran sesat di Malaysia.Sebagai contoh senarai ajaran sesat yang telah difatwakan sesat oleh Jabatan Agama/JAKIM.Buletin ini akan diedarkan kepada seluruh warga sekolah.Tugasan kedua pelajar dikehendaki menghasilkan arikel/jurnal berkenaan ajaran sesat.Contoh tajuk disediakan oleh guru.Tugasan ketiga menghasilkan brosur yang menarik yang mengandungi unsur2 dakwah sebagai contoh paparan langkah-langkah mengelakkan diri daripada terjebak dengan dakyah ajaran sesat.Keempat penghasilan video ringkas(Movie Maker) yang menarik tetapi tidak lari dari konsep dakwah iaitu perlu diselitkan paparan teks nasihat/kesedaran.Kelima tugasan terakhir yang mana ini merupakan tugasan yang merangkumi kesemua tugasan-tugasan sebelum ini iaitu pembinaan laman blog.Laman blog ini akan menjadi platform pelajar untuk menyiarkan tugasan mereka secara keseluruhannya.Laman blog ini secara tidak langsung akan menjadi medium dakwah pelajar kerana di laman blog ini akan dimuatkan dengan pelbagai bahan ilmiah/kerohanian yang lain.Laman blog ini juga akan dipautkan kepada beberapa laman web atau laman blog Portal Pendidikan,laman blog islamik,laman2 Jabatan2 Agama sebagai memudahkan pengunjung mendapatkan sumber.Laman blog ini juga akan menyediakan laman sembang untuk pelajar berinteraksi dengan guru dan sesama mereka secara langsung selain itu pengunjung juga boleh memanfaatkan untuk aktiviti perbincangan.Bagi menghasilkan pakej projek yang sempurna ini pelajar perlu banyak membuat penerokaan dan melayari internet bagi mendapatkan bahan2 yang bermutu dan sesuai dengan projek.Walaupun pelajar diberi kebebasan untuk melayari pelbagai laman web/blog namun guru sentiasa membuat pemerhatian terhadap aktiviti pelajar supaya penyalahgunaan siber tidak berlaku di kalangan pelajar.Segala bahan yang diperolehi pelajar ditapis terlebih dahulu oleh guru bagi memastikan keesahan fakta bahan tersebut dan bagi mengelakkan berlaku sebarang unsur bahan "sampah" dimuatkan dalam projek pelajar.Projek ini dilihat mampu memberi impak positif yang besar kepada individu pelajar itu sediri seterusnya kepada masyarakat global.Projek ini merupakan projek bersepadu yang menggabungkan elemen kerohanian beserta elemen teknologi yang diharapkan mampu membentuk pelajar pendakwah yang celik ICT seterusnya mampu memberikan manfaat kepada agama.

Monday, July 20, 2009

EDISI SESAT

"EDISI SESAT" ini merupakan tajuk PBL saya bersama rakan seperjuangan AL Fadhil ust.Muhammad bin Abdullah dari Sek.Men.Teknik Seberang Perai.Projek PBL ini merupakan aplikasi pengetahuan dan kemahiran ICT yang dipelajari di IPGM kampus Pulau Pinang selama 4minggu.Projek ini yang semestinya melibatkan pelajar2 kami di sekolah masing2 merangkumi beberapa tugasan kecil.Di dalam EDISI SESAT pelajar kami dikehendaki menghasilkan buletin,brosur,artikel,video movie maker dan akhir sekali laman blog kesemuanya berasaskan ajaran sesat..oppss..jangan salah tafsir ye..maksud di sini projek ni berdasarkan topik Ajaran Sesat bahagian Akidah Ting.5.Kesemua tugasan ini dijangkakan berlangsung selama 5 minggu bermula P&P selepas kursus LDP ini.Projek ini memang tidak termampu bagi kami untuk melaksanakannya tetapi kepuasan yang dirasa apabila kita berjaya melakukan sesuatu yang sebelum ini tidak pernah kita lakukan cukup membuatkan penat hilang tiba-tiba..

Di ruangan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh tenaga pengajar/pensyarah di Kampus IPGM Pulau Pinang ini yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami semua yang baru berjinak-jinak dengan ICT.Selaku warga pendidik sumbangan ilmu kalian semua insyaAllah membawa kebaikan kepada anak didik kita semua.
Wslm...