Wednesday, June 19, 2013

Tips solat khusyu'.

WAJIB tahu erti setiap bacaan solat
Qs.4 An-Nisaa':43. Hai orang-orang yang beriman, JANGANLAH kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, SEHINGGA KAMU MENGERTI APA YANG KAMU UCAPKAN...
MABUK dalam ayat ini bukan saja boleh diertikan sebagai mabuk arak, tapi juga mabuk dunia, mabuk harta, mabuk tahta, mabuk cinta pun termasuk pula dalam hal yang mengganggu solat sehingga kita lupa, tak sedar bacaan solat apa yang telah kita baca, bahkan selalu-nya kita lupa raka'at yang ke berapa.
Lebih baik membaca surah pendek yang kita tahu erti bacaan setiap kata-kata daripada membaca surat panjang yg kita tak tahu apa ertinya. Ingat, dalam Ayat diatas JANGANLAH KAMU SOLAT SEDANG KAMU TIDAK MENGERTI APA YANG KAMU UCAPKAN.
Jadi.. mohon kemaafan untuk pakcik, makcik, kakak, adik, abang yang masih belum faham erti bacaan iftitah, alfatihah, surah/ayat, ruku, i'tidal, sujud, duduk antara 2 sujud, tahiyat awal & akhir, maka WAJIB kena tahu & hafal maknanya. Lagi bagus jika kata demi kata.
Fokus dan khusyuk didalam sembahyang hanya boleh dicapai jika kita faham akan maksud kalimah yang di baca, baik dimulut atau di dalam hati, disini saya sertakan maksud bacaan tersebut untuk rujukan saya sendiri dan juga untuk rakan2 moga kita diberkati Allah selalu.. Amin
Fokus dan khusyuk didalam sembahyang hanya boleh dicapai jika kita faham akan maksud kalimah yang di baca, baik dimulut atau di dalam hati, disini saya sertakan maksud bacaan tersebut untuk rujukan saya sendiri dan juga untuk rakan2 moga kita diberkati Allah selalu.. Amin
  • Takbiratul-Ihram & TakbirAllah Maha Besar.
  • Doa Iftitah
    Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
  • Al-Fatihah
    Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
  • Bacaan ketika rukuk
    Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.
  • Bacaan ketika bangun dari rukuk
    Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
  • Bacaan ketika iktidal
    Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
  • Bacaan ketika sujud
    Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
  • Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
    Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku,
    angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah
    daku dan maafkanlah akan daku.
  • Bacaan ketika Tahiyat Awal
    Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
    Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
    Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
  • Bacaan ketika Tahiyat Akhir
    Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
    Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
    Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan keatas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji
    lagi Maha Agung.
  • Doa Qunut
    Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya

Formula mengetahui muka surat setiap juzuk dalam Al-Quran..



Bismillahirrahmanirrahim.  Nak kongsikan ngan kawan-kawan semua. Tips menarik untuk kita. Hebatnya Kuasa Allah. Bila dah jumpa, tiada apa yang keluar dari mulut saya ni melainkan hanya perkataan. SUBHANALLAH..
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah.
Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah bukan diciptakan manusia.
Tip yang nak kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat mengetahui muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Contoh 1Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8. Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18. Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, sungguh menakjubkan