Sunday, October 20, 2019

PROGRAM TAHSIN BACAAN SURAH AL-FATIHAH T.I PENANG 2019

 

KERTAS KERJA PROGRAM / AKTIVITI 2019

TAJUK             :KERTAS KERJA  PROGRAM: TAHSIN QIRAAH: SURAH AL-FATIHAH

 

MATLAMAT/ LATAR BELAKANG:

           

            Surah Al-Muzammil: ayat 4 yang bermaksud: Bacalah Al-Quran itu dengan tartil (bertajwid). Saidina Ali r.a apabila ditanya tentang apakah maksud bacaan Al-Quran secara tartil itu, maka beliau menjawab:

 “Ianya adalah mengelokkan sebutan setiap huruf dan mengetahui tempat berhenti yang betul”.

            Riwayat al-Bukhari halaman ;756 Maksudnya: Tiada solat bagi siapa yang tidak membaca al-Fatihah.

           Berdasarkan di atas pihak asrama Sekolah Men. Teknik Tunku Abdul Rahman Putra mengambil tindakan untuk mengadakan program ini kerana terdapat dalam kalangan murid asrama yang masih tidak menguasai ilmu tajwid dalam bacaan AL-Quran terutamanya surah Al-Fatihah.Pelajar-pelajar telah dikenalpasti tidak membaca surah Al Fatihah dengan bacaan yang tepat terutamanya menyebut huruf-huruf tertentu seperti huruf  ‘Ain, Qaf ,Sin, Ha’,Dal,Za dan Dhod.  Sebagaimana yang sedia maklum bacaan surah al-fatihah adalah merupakan rukun qauli dalam solat sekiranya salah bacaan fatihah dalam solat salah maka solat individu tersebut tidak akan sah.Selain itu dengan program Tahsin ini pelajar-pelajar dapat mendekati para alim ulama,ustaz-ustaz atau guru seterusnya berpeluang untuk membina hubungan yang baik dengan mereka,ini diyakini akan memberi kesan positif kepada sahsiah pelajar itu sendiri.Justeru itu program Tahsin al-Quran ini merupakan program yang bukan sahaja memberi nilai tambah kepada mutu bacaan fatihah tetapi menjadi nilai tambah kepada pembinaan modal insan bersahsiah tinggi dan berkeperibadian unggul merangkumi duniawi dan ukhrawi.

 

OBJEKTIF:

 

·         Memberikan pendedahan kepada murid mengenai bacaan surah al-fatihah dengan tepat dan betul

·         Memberikan pengetahuan mengenai asas-asas ilmu tajwid

·         Membina sikap keyakinan dan kesungguhan dalam diri murid dalam menguasai bacaan yang betul dan tepat

·         Mendidik pelajar menjadi insan yang cinta akan agama Islam

·         Menyemai sikap bertanggungjawab dalam memelihara ilmu agama Islam

·         Membina hubungan akrab antara pelajar dan golongan murobbi

·         Membentuk sahsiah dan peribadi muslim sejati


KUMPULAN SASARAN:  Semua pelajar asrama


AHLI JAWATANKUASA:

 Penasihat 1 : Tuan Pengetua, En Mohd Salim bin Mohamed Yusoof

Penasihat 2: Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En Norazman bin Samiun

Ahli Jawatankuasa :

Penyelaras: Ketua Warden ,Ustaz Muhammad bin Ismail & Panitia Pend.Islam

Setiausaha: Pn Nurmalina Ahmad Marekan

Pembimbing bacaan: Guru-guru dan warden serta murobbi luar (rujuk lampiran 1)

 

 

STRATEGI PELAKSANAAN:  Berdasarkan agihan tugas dan kad Tahsin Qiraah

                                          :  Semakan Kad Tahsin secara berkala

                                             (kekerapan 2 minggu sekali)

SUMBER KEWANGAN      : Sumbangan para warden

 

 

 

JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM TAHSIN QIRAAH AL FATIHAH


TARIKH

 

MASA

AKTIVITI

CATATAN

 

7.30 pagi

Makluman program melalui siaraya asrama dan selepas solat Maghrib

Surau AnNur dan Dewan Mutiara

 

 

Bila-bila masa

Pelajar bertalaqqi dengan mana mana guru / warden yang dipilih

Blok A, B, C ,D  E, sekolah dan di Surau AnNur.

 

 

 

 

 

Bila-bila masa waktu cuti persekolahan

Pelajar bertalaqqi dengan mana mana-mana guru /ustaz/imam/

Luar sekolah /sekitar kediaman pelajar


 


 

          Disediakan oleh,                                          Disemak oleh,                                              Disokong,

 

 …….………………………                                …………………………                                 ………………………..                    

  

(NURMALINA AHMAD MAREKAN)              (USTAZ MUHAMMAD B. ISMAIL)           (MOHD SALIM B. MOHAMED YUSOOF)

 Setiausaha                                                   Penyelaras                                                  Pengetua

           




LAPORAN PROGRAM TAHSIN SURAH AL-FATIHAH

1.TARIKH PROGRAM : Pelancaran program bermula 8 /4/2019 berakhir pada 11/10/2019

2.PENYERTAAN          :    Semua pelajar asrama aspura & aspuri

3.PERSEDIAAN DAN PELAKSANAAN AWAL;

3.1  Perbincangan Pihak Pengurusan sekolah bersama dengan Ketua Program Tahfiz dari KITAB Ustaz.Yazid bin salleh. (rujuk lampiran 1)

3.2  Pelancaran Program di adakan di Dewan Mutira pada (rujuk lampiran 2)

3.3  Bengkel tahsin surah al-Fatihah terlebih dahulu dilaksanakan untuk para guru & staf sekolah pada tarikh 10 mei 2019

4.PANEL PENILAI BACAAN PELAJAR

4.1  Panel-panel penilai bacaan pelajar daripada kalangan guru-guru diagihkan mengiku blok asrama 

4.2  Para Imam dan Ustaz di masjid Negeri

4.3  Terbuka kepada sesiapa yang layak (Tahsin Luar Sekolah)

5.MASA PELAKSANAAN PROGRAM TAHSIN

5.1 Pelajar-pelajar melaksanakan program Tahsin ini mengikut kesesuaian waktu mereka kebiasaan pada waktu selepas solat Maghrib di Surau sekolah

5.2 Pelajar-pelajar juga melaksanakan sesi Tahsin di waktu rehat atau selepas tamat waktu persekolahan dengan guru-guru pembimbing/penilai

5.2 Pelajar-pelajar dibenarkan ke Masjid negeri untuk Tahsin Fatihah pada waktu cuti persekolahan sekiranya tidak balik kampung.

5.3 Pelajar digalakkan untuk melaksanakan sesi Tahsin dengan para muallim/ustaz/imam ketika mereka pulang bercuti.

6.KAEDAH PELAKSANAAN DAN PENILAIAN

6.1 Pelajar perlu bertalaqqi dengan mana-mana guru/ustaz/imam untuk memperlokkan mutu bacaan surah al-fatihah sehingga mampu membaca dengan baik dari segi makhraj ataupun tajwid.(rujuk lampiran 4)

6.2 Setiap kali sesi Tahsin pelajar dikehendaki megambil tanda tangan guru pembimbing/ustaz/imam & direkod kesalahan jika ada pada bacaan mereka pada kad Tahsin yang telah dibekalkan.(rujuk lampiran 5)

6.4 Semakan kad Tahsin dilakukan secara berkala sebulan 2 kali untuk memantau perjalanan sesi tahsin pelajar (rujuk lampiran 5)

6.3 Pelajar perlu menyelesaikan sekurang-kurangnya 5 kali sesi tahsin. 

6.5 Jumlah sesi tahsin pelajar dalam Kad Tahsin di rekod dalam borang dan disimpan.

 

 

 

7.MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TAHSIN

7.1 Majlis penutupan program Tahsin disempurnakan oleh Ketua Program Tahfiz KITAB al-Fadhil Ustaz Yazid bin Salleh bertempat di Masjid negeri Pulau Pinang pada tarikh 11/10/2019

7.2 Sesi tahsin surah al-Fatihah oleh al-fadhil Ustaz Yazid bin Salleh seterusnya pelajar-pelajar di ijazahkan bacaan Fatihah. (rujuk lampiran 6)

7.3 Majlis berakhir dengan penganugerahan sijil penyertaan Program Tahsin Surah al-Fatihah kepada 80 peserta yang berjaya menyelesaikan minima 5 kali sesi tahsin (rujuk lampiran 6 )

8.KEKUATAN

8.1 Pihak pentadbir sekolah,Panitia Pend.Islam dan Unit pengurusan asrama yang menyokong penuh usaha murni ini

8.2 Sokongan dan kerjasama yang baik dengan pihak Masjid Negeri & KITAB dari segi panduan nasihat,bantuan para guru-guru al-quran untuk melancarkan lagi program

8.3 Sekolah/asrama berhampiran dengan KITAB dan Masjid Negeri Pulau Pinang memudahkan pelajar mendapatkan rujukan dan bimbingan para Imam/Ustaz

8.4 Sikap positif dan kesedaran pelajar yang tinggi untuk memperbaiki mutu bacaan Fatihah

9.KELEMAHAN

9.1 Pihak ibu bapa yang kurang mendapat maklumat berkaitan dengan program ini menyebabkan sesi tahsin di luar kurang dilaksanakan oleh pelajar.

9.2 Program ini tidak di jadikan program wajib asrama menyebabkan ada di kalangan pelajar mengambil sikap sambil lewa untuk menyelesaikan sesi tahsin

9.3 Kehadiran pelajar aspuri ke Surau terhad meyebabkan taklimat semasa berkenaan program tidak dapat disalurkan secara menyeluruh

9.4 Kekangan masa guru pembimbing dari kalangan guru sekolah menyukarkan sesi tahsin dijalankan

10.CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

10.1 Pihak sekolah perlu memaklumkan kepada Ibubapa/waris mengenai program Tahsin ini dalam mesyuarat PIBG dan dijadikan program wajib asrama sepanjang tahun.

10.2 Ganjaran bagi pelajar yang berjaya melaksanakan sesi tahsin di luar sekolah perlu diberikan sebagai galakan contohnya ganjaran kupon makanan percuma di kantin sekolah

10.3 Dendaan kepada pelajar yang gagal melaksanakan sesi tahsin mengikut bulanan perlu diwujudkan


Lampiran 1 (Mesyuarat bersama pihak KITAB)


Lampiran 2 (Pelancaran Program Tahsin Surah Al-Fatihah)                Lampiran 3 (Agihan Kad Tahsin kepada pelajar)


Lampiran 4 (Pelajar melaksanakan Tahsin dengan Ustaz)                   Lampiran 5 (Semakan kad Tahsin pelajar)

     



Lampiran 6 ( Majlis Penganugerahan Sijil Tahsin Surah al-Fatihah bertempat di Masjid Negeri)


















Lampiran 7 (Sijil Tahsin bacaan Surah Al-Fatihah)