Saturday, April 9, 2011

Al-Qur'an : KEPENTINGAN DAN PERANANNYA DALAM KEHIDUPAN.

Al-Qur'an : KEPENTINGAN DAN PERANANNYA DALAM KEHIDUPAN.

Segala puji bagi Allah s.w.t yang telah memuliakan kita dengan al-Qur'an dan mengurniakan kita rahmat dan kesejahteraan melalui bacaan dan praktikalnya dalam kehidupan.

Sesungguhnya al-Qur'an itu merupakan Kalam Allah yang Maha Bijaksana dan Perlembagaan-Nya yang Maha Adil dan Maha Mengasihani.

Seterusnya selawat dan salam ditujukan kepada penghulu Bani Adam, Muhammad s.a.w dan kepada seluruh ahli keluarga, sahabat baginda dan golongan yang mengikuti mereka sehingga Hari Kiamat.

Sesungguhnya Allah w.w.t telah menurunkan al-Qur'an dari langit sebagai rahmat dan petunjuk kepada manusia mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat sebagaimana firman Allah :


"Kitab (al-qur'an) ini tidak ada keraguan padanya ; menjadi petunjuk bagi mereka yang bertakwa."
(al-Baqarah : 2)

Tanpa berpegang dan mengetahui al-Qur'an, hidup hidup seseorang muslim itu tidak akan bermakna dan barangsiapa yang berusaha mempelajari, menghafaz dan mengamalkan kandungannya merupakan golongan yang beruntung yang dikurniakan kebaikan yang berlipat kali ganda.

Oleh yang demikian, setiap orang Islam hendaklah berusaha mempelajari bacaan al-Qur'an yang menjadi asas kepada menghafaz, memahami dan mempraktikkan kandungannya.

Jika dilihat kepada situasi hari kita pada hari ini, setiap orang berlumba-lumba untuk memasuki sekolah-sekolah dan institusi-institusi yang berkredibilititinggi dan berkualiti yang mempunyai tenaga pengajar mahir dan berkebolehan supaya dapat menguasai bidang yang dipelajari dengan lebih berkesan.

Keadaan ini tidak sepatutnya terhad kepada bidang pengajian moden sahaja bahkan perlu juga meliputi aspek pengajaran bacaan al-Qur'an yang merupakan titik permulaan dalam memahami agama Islam dengan sebenar-benarnya dan supaya dapat membudayakan al-Qur'an di kalangan masyarakat.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment