Thursday, April 21, 2011

Kursus Tahsin Al-Quran Guru Pend.Islam.

Pada 21 april 2011,Khamis-Bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan, Pokok Sena telah berlangsung Kursus Tahsin Al-Quran bagi guru-guru pend.Islam Sekolah Asrama Harian.Kursus ini dijadualkan bermula pada hari khamis 21 April dan berakhir pada hari Sabtu 22 April.Sebanyak 32 buah sekolah yang terlibat dan masing-masing menghantar seorang wakil,bagi sekolah yang mempunyai guru KAQ dikehendaki menghantar 2 orang guru untuk mengikuti slot Pembinaan Soalan KAQ.Kami dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan dikelola oleh seorang guru KAQ yang terlatih untuk mengelola bengkel Tarannum Al-Quran.Pada awalnya kami didedahkan dengan lagu-lagu Tarannum Al-Quran dan sedikit sebanyak ilmu asas tarannum oleh Ustaz Salleh Mentor KAQ yang berpengalaman luas dalam bidang Tarannum Al-Quran.Peserta-peserta kesemuanya terpesona apabila Ustaz Salleh mengalunkan lagu-lagu tarannum Al-Quran yang sekaligus memberi semangat kepada kami semua untuk terus mempelajari kaedah tarannum ini dengan lebih bersungguh-sungguh lagi.Jutaan terima kasih kepada Ustaz Salleh kerana banyak membantu kami semua peserta-peserta dalam memartabatkan kembali ilmu Al-Quran ini.Jutaan Terima kasih juga saya ucapkan kepada Guru-Guru Mentor Kumpulan Ustaz Hussin,Ustaz Ishak,Ustaz Ramli,Ustaz Mohd Nasir kerana tidak jemu-jemu mengajarkan kami lagu-lagu tarannum yang mana ada antara kami yang tidak pernah bertarannum sebelum ini.Semoga kesabaran anda semua mengajar kami membuahkan hasil seperti mana yang diharapkan.Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih ditujukan kepada pegawai-pegawai dari JPNPP Ustaz Yusof,Ustaz Zamri dan sekalian warga JPN yang turut membantu dalam melaksanakan Kursus ini.Kepada Ustaz Yusof juga diucapkan syabas dan tahniah kerana telah merancang dan melaksanakan program yang benar-benar bermanfaat bagi kami semua guru-guru pend.islam yang akan kami perkembangkan kepada anak-anak didik kami&rakan-rakan guru yang lain.Semoga kita semua dikurniakan ilmu dari Yang Maha Memiliki Segala Ilmu dan diberkati Nya dalam setiap langkah & usaha kita ini.

No comments:

Post a Comment