Thursday, April 21, 2011

Istilah Tanda Bacaan Al-Quran Tulisan Rasm Uthmani

Istilah Tanda Bacaan Al-Quran Tulisan Rasm Uthmani:

1.Tanda Bulat
Hanya terletak di atas huruf illah iaitu huruf alif,wau dan ya'.Merupakan huruf tambahan yang tidak dibaca sebagai huruf mad walaupun pada ketika menyambung atau berhenti bacaan padanya._hikmahnya ziadah(pertambahan)ke atas sesuatu maksud ayat.cthnya (kuasa-kuasa Allah yang luas)

2.Bulatan bujur meninggi
Hanya terletak di atas huruf alif jika huruf yang berikutnya berbaris.Ia menunjukkan huruf ini ialah huruf tambahan yang dihazafkan(tidak dibaca sebagai huruf mad)pada ketika menyambung pembacaannya dan dikekalkan (dibaca sebagai huruf mad) ketika berhenti bacaan padanya.

3.Tanda bersambung.
Tanda ini terletak di atas huruf hamzah bersambung untuk menunjukkan huruf ini dihazafkan dari bacaan pada ketika menyambung pembacaannya.Cara menulis tanda ini ialah seperti menulis kepala Shod.

4.Tanda kepala huruf kha' tanpa titik.
Terletak di atas mana-mana satu huruf untuk menunjukkan huruf itu bertanda sukun dan bunyi bacaannya dibaca dengan cara izhar dengan mengangkat lidah ke atas.

5.Huruf yang tidak bertanda sukun
Jika terdapat huruf yang tidak bertanda sukun dan huruf berikutnya bertanda sabdu maka huruf ini diidghamkan kepada huruf berikutnya dengan cara Idgham Kamil(memasukkan dengan sempurna)Tetapi terdapat kalimah yang mempunyai dua wajah/jenis bacaan iaitu Idgham Kamil atau Idgham Naqis seperti ayat 77 surah Taha.
Manakala jika huruf yang tidak bertanda sukun diikuti huruf yang tidak bersabdu maka ia diidghamkan kepada huruf berikutnya dengan cara Idgham Naqis(memasukkan dengan tidak sempurna)atau ikhfa' tetapi tidaklah ia diizharkan sehingga mengangkat lidah ke atas (seperti izhar)dan tidaklah didghamkan seperti huruf yang berikutnya (seperti idgham)tetapi di antara kedua-duanya serta bersifat dengung.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment