Bismillahirrahmanirrahim
Pembaharuan Perjuangan Salahuddin Al-Ayyubi
Pembaharuan Perjuangan Salahuddin Al-Ayyubi
| I. Kelahiran
Salahuddin | II. Kehidupan
Salahuddin Al-Ayyubi |
| III. Salahuddin Sebagai Menteri Kerajaan Fatimiah | IV. Sebab Dan Dorongan Berlakunya Perang Salib |
| V. Sebab-Sebab Kemenangan Salahuddin Dalam Pertempuran Hittin |
| III. Salahuddin Sebagai Menteri Kerajaan Fatimiah | IV. Sebab Dan Dorongan Berlakunya Perang Salib |
| V. Sebab-Sebab Kemenangan Salahuddin Dalam Pertempuran Hittin |
Berasal dari keluarga yang mempunyai keturunan yang mulia inilah,
Salahuddin Yusuf bin Ayyub dilahirkan pada tahun 532
H bersamaan 1137M. Tempat lahirnya ialah di kota Tikrit. Tikrit adalah sebuah
daerah yang hampir dengan kota Baghdad.
Di sini terdapat sebuah kota yang kukuh terletak di tebing sungai Dijlah.
Kota ini telah dibina oleh raja-raja Parsi di zaman
lampau di sebuah kawasan dataran berbatu. Kota ini digunakan untuk menyimpan
berbagai khazanah, disamping bertindak sebagai tempat mengintip pergerakan
musuh. Daerah ini telah dibuka oleh orang-orang Islam pada tahun 16 H, di zaman
pemerintahan Umar bin Al-Khattab RA.
Setelah itu daerah ini bersilih
ganti jatuh ke tangan beberapa buah kerajaan Islam, sehinggalah akhirnya ia
jatuh ke tangan kerajaan bani Seljuk. Ayyub bin Syazi ayahanda Salahuddin telah
berhubing dengan salah seorang pegawai dan pemerintah pasukan polis bani Seljuk
di Baghdad di waktu itu adalah Mujahiduddin Bahruz.
Mujahiduddin Bahruz telah
melantik Ayyub menjadi penguasa di kota Tikrit, manakala saudaranya Syirkuh
Asaduddin telah dilantik sebagai penolongnya. Jawatan kedua beradik ini
menyerupai pemerintah Tikrit dalam ertikata yang sebenarnya.
Kedua beradik ini datang ke
bumi Iraq dari sebuah kampung terpencil di hujung sempadan Azerbajian, di satu
kawasan yang dikenali dengan nama Dawyin, berhampiran dengan daerah Aran.
Keturunan keduanya sebagaimana yang disebutkan sebelum ini adalah dari kabilah
Kurdi Rawwadiah. Mereka telah menetap di Tikrit dan bertugas dalam pasukan
polis Bahruz.
Apa yang peliknya ialah
kelahiran Salahuddin serentak dengan hari Mujahiduddin Bahruz memerintahkan
Najmuddin Ayyub dan saudaranya Syirkuh meninggalkan bandar Tikrit, yang disebabkan tindakan Syirkuh
membunuh salah seorang pengawal keselamatan di kota Tikrit yang cuba mengganggu
kehormatan seorang gadis. Syirkuh telah bertindak membunuh pengawal tersebut
demi menjaga kehormatan dan maruah gadis terbabit, yang meminta pertolongan
daripadanya.
Berikutan kejadian Bahruz
berada dalam keadaan dilema, sama ada mengekalkan Syirkuh
di kota Tikrit atau memerintahkannya supaya meninggalkan kota itu. Bahruz
bimbang jika ia mengekalkan Syirkuh dan saudaranya itu menjadi penguasa Tikrit,
pengawal-pengawal lain akan membalas dendam. Tidak ada cara lain untuk
mengatasi masalah ini kecuali menyuruh Najmuddin dan saudaranya itu
meninggalkan kota Tikrit. Mujahiduddin Bahruz datang sendiri bertemu dengan
keduanya dan menyatakan rasa bimbangnya akibat peristiwa itu, dan meminta
mereka berdua keluar dari Tikrit pada malam itu juga. Kedua bersaudara ubu
jekyar dari Tikrit menuju ke Mausul dengan membawa keluarga masing-masing.
Salahuddin turut serta dalam perjalanan ini.
Pengarang buku "Wafiat
Al-A'yan" menjelaskan ayahanda Salahuddin, iaitu Najmuddin Ayyub pernah
menunjukkan reaksi kurang senangnya terhadap Salahuddin ketika melarikan diri
dari kota Tikrit. Najmuddin pernah berhasrat untuk membunuh Salahuddin, apabila
anaknya itu menjerit di dalam perjalanan, tetapi salah seorang pengikut
Najmuddin memberi amaran kepadanya supaya melupakan niatnya itu dengan
menegaskan: "Wahai tuan yang mulia, saya melihat tuan begitu bersedih dan
menunjukkan reaksi kurang senang terhadap anak ini.
Apakah dosanya maka tuan
berusaha membunuhnya? Atas alasan apakah tuan sanggup berbuat demikian?.
Tindakan tuan ini tidak sedikitpun bermanfaat dan tidak dapat memudaratkan
perjalanan ini, malah tidak akan mendatangkan apa-apa faedah. Apa yang berlaku
pada tuan ini adalah ketentuan qadak dan qadar Allah. Manalah tahu suatu hari
nanti anak tuan ini akan menjadi seorang raja yang agung, masyhur dan terkenal
di seluruh pelosok dunia.
Manalah tahu suatu hari nanti
Allah memberikan kedudukan yang begitu tinggi kepadanya, kerana itu berikanlah
sepenuh perhatian kepada anak tuan yang tidak berdosa dan tidak mengenal
kesusahan yang sedang tuan hadapi ini". Ucapan ini memberi kesan kepada
Najmuddin Ayyub, lantas beliau menarik balik hasratnya dan kembali memberi
tumpuan sepenuhnya kepada anaknya itu.
Najmuddin Ayyub dan saudaranya Syirkuh
meninggalkan Baghdad menuju ke Mausul. Di sini keduanya berkhidmat dengan
Imaduddin Zanki yang mengalu-alukan kedatangan mereka, malah memberi berbagai
hadiah dan layanan istimewa kepada keduanya. Sambutan hangat dan kemuliaan yang
diberikan oleh Imauddin Zanki ini disebabkan tindakan Najmuddin dan saudaranya
Syirkuh menyelamatkan Imaduddin Zanki dari dibunuh dan menjadi tawanan kerajaan
bani Seljuk. Imaduddin Zanki pernah memerangi kerajaan bani Seljuk di kota
Tikrit beberapa hari.
Kebetulan pada masa itu Bahruz
menjadi penguasa kota Baghdad bagi pihak kerajaan bani Seljuk. Sebelum ini
telah dijelaskan Syirkuh dan saudaranya Najmuddin pernah dilantik oleh Bahruz
menjadi penguasa di kota Tikrit bagi pihaknya. Serangan yang dilakukan oleh
Imaduddin Zanki menatijahkan beliau mengalami kekalahan teruk di hadapan
tentera bani Seljuk.
Ketika mengundurkan diri ke
Mausul, Imaduddin melalui kota Tikrit. Nyawa beliau dan bala tenteranya berada
di tangan penguasa kota Tikrit iaitu Najmuddin dan saudaranya Syirkuh. Jika
Najmuddin mahu ia boleh membunuh kesemua bala tentera Imaduddin Zanki, namun ia
lebih suka memberi layanan yang baik kepada musuh kerajaan bani Seljuk itu, dan
memberikan bantuan-bantuan yang perlu sehingga akhirnya Imaduddin Zanki selamat
sampai di Mausul.
Layanan dan akhlak yang baik
ini rupa-rupanya telah mendatang natijah yang baik dalam membina kerajaan bani
Ayyub dan menegakkan kemuliaan Islam di kemudian hari oleh Salahuddin Al-Ayyub.
Sebagai membalas jasa keduanya Imaduddin Zanki telah memberi sambutan yang
meriah kepada mereka. Selain itu Imaduddin juga menghadiahkan sebidang tanah
supaya mereka dapat hidup dengan selesa di Mausul.
Najmuddin dan saudaranya
berserta Salahuddin tinggal bersama Imaduddin Zanki dibawah layanan yang cukup
istimewa dan penuh kemuliaan, malah Imaduddin menyerahkan kepada Najmuddin dan
Syirkuh urusan ketenteraan. Ketika kota Ba'albak jatuh ke tangan Imaduddin pada
tahun 534H, beliau telah melantik Najmuddin sebagai gabenor di kota ini. Ini
menunjukkan betapa erat dan ikhlasnya hubungan antara Imaduddin Zanki dengan
Najmuddin.
Salahuddin menghabiskan zaman
kanak-kanaknya di Ba'albak. Inilah tahun-tahun yang paling bahagia bagi
Salahuddin menghabiskan zaman kanak-kanaknya. Salahuddin dibesarkan dengan
penuh semangat keberanian dan kapahlawanan. Beliau dilatih menghadapi
peperangan dan jihad, mempraktikkan siasah negara dan segala urusan yang
berkaitan, sebagaimana kata penyair:
"Anak muda kita
membesar di kalangan kita, mengikut tradisi yang biasa dilalui oleh
bapanya"
Masa-masa yang dihabiskan oleh
Salahuddin di Damsyik setelah kota itu jatuh ke tangan Nuruddin bin Imaduddin
Zanki, adalah hari-hari yang paling cemerlang dalam hidupnya. Di sinilah
keperibadian dan bakat beliau menonjol sehingga menerima pujian dan sanjungan
dari masyarakat, malah beliau mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dari anak
pemerintah Damsyik sendiri. Salahuddin muncul di tengah-tengah masyarakat
sebagai seorang pemuda yang tenang, beradab dan kuat pegangan agamanya.
Semangatnya untuk membela Islam
dan kaum muslimin berkobar-kobar di dalam jiwanya. Ini sedikit sebanyak
berpunca dari pengaruh Nuruddin Zanki sendiri yang pada masa itu adalah seorang
yang mempunyai akhlak yang mulia dan telah memberikan Salahuddin kedudukan yang
istimewa di sampingnya. Di antara jawatan yang disandang oleh Salahuddin
sewaktu di Damsyik ialah sebagai ketua polis Damsyik. Salahuddin telah
melaksanakan tugasnya dengan baik dan berjaya membersihkan bandar Damsyik dari
pencuri dan penceroboh.
Akhirnya keamanan dan kestabilan
menyelubungi seluruh bumi Syam. Rakyat merasa diri dan harta mereka aman dan
mereka dapat menjalani kehidupan seharian dengan selesa. Inilah dikenali dengan
nama Arqalah Ad-Dimasyqi menggambarkan kegembiraannya apabila Salahuddin
memegang jawatan ketua polis Damsyik:
"Berhati-hatilah
wahai pencuri-pencuri negeri Syam. Aku ingin menasihatkan anda sekalian.
Sekarang serupa namanya dengan Nabi Yusuf yang empunya hujah dan kecantikan,
telah datang. Kecantikan Nabi Yusuf menyebakan terpotongnya tangan gadis-gadis
yang melihatnya, manakala Yusuf Salahuddin pula memotong segala tangan-tangan
yang mencuri."
Tempoh masa yang dihabiskan
oleh Salahuddin di Mesir pula merupakan tempoh masa yang paling kemuncak bagi
beliau, kerana pada masa itu sikap kepahlawanannya terserlah, manakala
kemahiran dan kepintarannya dalam siasah peperangan mula menonjol. Ketika
Syawar As-Sa'di memberontak menentang kerajaan Fatimi di Mesir pada tahun 558H,
beliau telah meminta pertolongan Nuruddin Zanki dari Damsyik.
Pada peringkat awalnya
Nuruddin merasa ragu dengan permohonan itu tetapi kemudiannya beliau mengubah
fikiran lalu menghantar panglima agungnya Asaduddin Syirkuh yang turut
disertaioleh anak saudaranya Salahuddin yang mempunyai kemahiran yang tinggi
dan unggul dalam seni-seni peperangan dan pertempuran bersama dengan bapa
saudaranya Syirkuh berjaya meletakkan Mesir di bawah pemerintahan Nuruddin pada
tahun 546H.
Kesimpulannya zaman kanak-kanak
Salahuddin penuh dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji. Zaman inilah beliau
dapat bergaul dengan para amir, panglima-panglima tentera, mempelajari seni
kemahiran peperangan, menunjukkan semangat yang tinggi untuk membela Islam, dan
berani, baik dari sudut material mahupun dari sudut tatasusila. Sifat-sifat
inilah yang melayakkannya menjadi tokoh ulung lagi cemerlang yang berjaya
menggegarkan dunia dan menukar perjalanan sejarah.
Asaduddin Syirkuh meninggal setelah dua bulan
memegang teraju menteri kerajaan Fatimiah. Salahuddin berkabung kerana kematian
bapa saudaranya itu selama tiga hari. Sementara itu, khalifah mula memikirkan
untuk memilih Salahuddin sebagai menterinya. Beliau telah membuat keputusan
untuk melantik Salahuddin sebagai menterinya sebagai menggantikan Asaduddin
Syirkuh, walaupun umur Salahuddin pada masa itu terlalu muda dan masih ramai
panglima-panglima agung yang lain yang turut serta dalam barisan tentera Syam.
Ahli sejarah menjelaskan sebab
pemilihan ini ialah khalifah bermaksud ingin mengawal Salahuddin dan menjadikan
beliau orang suruhannya, tetapi keadaan tidak menyebelahinya. Salahuddin
dilantik menjadi menteri ketika berumur 32 tahun setelah terlatih dalam
beberapa peperangan dan mecedok pengalaman yang berharga ketika bersama bapa
saudaranya Asaduddin Syirkuh. Inilah yang menyebabkan kedudukannya begitu
cemerlang.
Salahuddin seorang menteri yang
baik. Beliau berjaya mengambil hati rakyat Mesir supaya tidak berpakat dengan
amir-amir yang lain menentangnya. Beliau memeberikan bantuan yang melimpah ruah
kepada rakyat dan berurusan dengan mereka dengan lembut dan penuh toleransi,
menyebabkan beliau sangat-sangat disukai dan dikasihi oleh rakyat jelata.
Diantara faktor yang meningkatkan lagi kemasyhurannya ialah kejayaan beliau
mengalahkan tentera salib Perancis yang menyerang Dimyat dan Ghizzah serta
kejayaan beliau menguasaai bandar Aqabah.
Bandar ini adalah kunci Laut
Merah bagi para jemaah haji Mesir khususnya dan kaum muslimin amnya untuk ke
Mekah Mukarramah. Kejayaan menguasai jalan penting ini menjadi faktor utama
kepercayaan dan keikhlasan penduduk Mesir kepada beliau. Ini sekaligus menjadi
faktor utama mereka meninggalkan mahzab syiah dan bergabung dengan
saudara-saudara mereka dari kalangan ahli Sunnah Wa Al-Jamaah, di bawah
panji-panji Salahuddin, yang memerangi musuh-musuh Allah, golongan kuffar dan
tentera Salib yang zalim dan penghasad dengki itu.
Peperangan ini tercetus oleh banyak faktor.
Antaranya:
a.
Dorongan Hasad Dengki Sekian Lama Pihak Salib Terhadap Islam Dan
Umat Islam.
Ini berikutan Kejayaan umat Islam menguasai Baitul Maqdis dan meletakkannya di bawah keadilan pemerintahan Islam di samping pembukaan yang terbentang luas yang dilakukan oleh tentera Islam ke atas wilayah-wilayah di kawasan Asia, Afrika dan juga Eropah yang sebelumnya berada di bawah pengaruh Kristian.
Ini berikutan Kejayaan umat Islam menguasai Baitul Maqdis dan meletakkannya di bawah keadilan pemerintahan Islam di samping pembukaan yang terbentang luas yang dilakukan oleh tentera Islam ke atas wilayah-wilayah di kawasan Asia, Afrika dan juga Eropah yang sebelumnya berada di bawah pengaruh Kristian.
b. Kota Konstintiniyah terancam
oleh penguasaan Seljuk Islam, setelah mereka berjaya menghampiri kota itu. Oleh
itu Emperor Baizantin Alexius Comnenus meminta bantuan daripada negara-negara
Kristian untuk menentang umat Islam.
c.
Pembohongan yang dilakukan oleh para jemaah haji Kristian yang
pulang ke Eropah setelah menunaikan haji ke Baitul Maqdis tentang kezaliman dan
pembunuhan yang dihadapi oleh mereka dari pihak kaum muslimin. Antara yang
paling kuat sekali menghasut dan menaburkan fitnah di sana ialah Patriach
Ermite.
d. Semangat keagamaan
Wujud semangat keagamaan di kalangan orang-orang Kristian untuk membebaskan Baitul Maqdis daripada tangan kaum muslimin dan mendapatkan pengampunan dosa dan kesalahan bagi setiap orang yang turut serta dalam peperangan Salib. Perhimpunan-perhimpunan yang diadakan oleh pihak gereja dan pidato-pidato berapi-api daripada pihak Uskup, Rahib dan Pope adalah teknik yang paling berkesan dalam menaikkan keagamaan di kalangan orang-orang Kristian dan untuk memonopoli semangat itu.
Wujud semangat keagamaan di kalangan orang-orang Kristian untuk membebaskan Baitul Maqdis daripada tangan kaum muslimin dan mendapatkan pengampunan dosa dan kesalahan bagi setiap orang yang turut serta dalam peperangan Salib. Perhimpunan-perhimpunan yang diadakan oleh pihak gereja dan pidato-pidato berapi-api daripada pihak Uskup, Rahib dan Pope adalah teknik yang paling berkesan dalam menaikkan keagamaan di kalangan orang-orang Kristian dan untuk memonopoli semangat itu.
e.
Kecenderungan kerajaan Fatimiah di Mesir mengadakan pakatan dan
kerjasama dengan kerajaan Baizantin bagi menentang kaum muslimin Seljuk, dalam
usaha mendapatkan kembali wilayah-wilayah yang dikuasai oleh kaum muslimin
Seljuk itu.
Di antara yang perlu disebut di
sini ialah Pope telah menyampaikan pidato penting dalam perhimpunan Clirmont di
Perancis,yang terakhir dengan pengisyitiharan perang Salib ke atas dunia Islam
pada tahun 488H dan permusuhan terhadap Islam dan kaum muslimin. Di antara isi
pidatonya ialah:
"Peperangan ini
bukan untuk menguasai satu bandar sahaja, malah seluruh kawasan Asia dengan segala
kekayaan dan khazanahnya yang tidak terhingga. Jadikanlah kubur suci Nabi Isa
sebagai pengkalan untuk bergerak dan bebaskanlah bumi-bumi suci daripada
tangan-tangan kaum perampas. Anda sekelian sebagaimana yang dinyatakan oleh
Tawrat adalah bumi yang akan melimpahkan kepada kita susu dan madu."
Sebelum ini telah dijelaskan Salahuddin berjaya
membenuk sebuah kerajaan yang besar yang merankumi utara Iraq atau Kurdistan,
Syam, Mesir, Barqah dan lain-lain. Kejayaan Salahuddin ini memudahkan beliau
menyediakan persiapan bagi memerangi tentera salib dan membebaskan Baitul
Maqdis serta wilayah-wilayah lain yang tunduk kepada pemerintahan dan kekuasaan
mereka.
Salahuddin menuggu kesempatan
yang baik untuk bertindak dan memberi pengajaran kepada mereka dengan
pengajaran yang mereka tidak akan lupa buat selama-lamanya, disebabkan oleh
keganasan dan jenayah-jenayah yang mereka lakukan ke atas Baitul Maqdis,
Masjidil Al-Aqsa dan para penduduknya sebelum itu.
Masa untuk bertindak bagi
Salahuddin tiba, apabila Raynald pemerintah Salib di Karak menyerang kafilah dagangan
Salahuddin pada tahun 582H. Wilayah Karak terletak antara negara Mesir dan
Syam. Salahuddin sendiri mempunyai perjanjian dengan kerajaan ini. Di antara
perjanjian ialah kafilah-kafilah dagangan Islam dibenarkan berulang-alik antara
Mesir dengan Syam dengan aman dan selamat. Begitulah sebaliknya.
Hasil pencerobohan Raynald ke
atas kafilah dagangan Islam manakala harta benda mereka dirampas. Ahli-ahli
sejarah melaporkan ketika kafilah dagangan kaum muslimin jatuh ke tangan
Raynald, beliau mempersendakan agam Islam dan Nabi Besar Muhammad SAW. Raynald
pernah berkata:
"Jika anda semua
yakin kepada ajaran Muhammad, panggillah ia supaya membebaskan anda semua dan
menyelamatkan anda dari keadaan yang sedang anda tempuhi sekarang"
Apabila berita ini sampai ke
pengetahuan Salahuddin, bukan main kepalang marahnya beliau kepada Raynald,
sehingga beliau bersumpah jika beliau berjaya menawan Raynald, beliau akan
membunuhnya dengan tangan beliau sendiri. Pencerobohan yang dilakukan oleh
pihak Salib ini memberi ruang kepada Salahuddin melancarkan perang menentang
tentera Salib dan memberi pukulan teruk kepada mereka.
Nama Salahuddin tersebar ke
Eropah dan menjadi bahan perbualan kaum ibu bagi menakutkan anak-anak mereka
Salahuddin menunjukkan moral yang tinggi terhadap musuhnya yang tidak berdaya,
tidak sebagaimana layanan kaum Salib terhadap tawanan Islam. Beliau melayan
dengan baik para tawanan, kaum wanita dan kanak-kanak salib sehingga perkara
ini menjadi kebanggaan sejarah dan contoh tauladan kepada generasi selepas
beliau.
No comments:
Post a Comment