Thursday, April 21, 2011

Istilah Tanda Bacaan Al-Quran Tulisan Rasm Uthmani

Istilah Tanda Bacaan Al-Quran Tulisan Rasm Uthmani:

1.Tanda Bulat
Hanya terletak di atas huruf illah iaitu huruf alif,wau dan ya'.Merupakan huruf tambahan yang tidak dibaca sebagai huruf mad walaupun pada ketika menyambung atau berhenti bacaan padanya._hikmahnya ziadah(pertambahan)ke atas sesuatu maksud ayat.cthnya (kuasa-kuasa Allah yang luas)

2.Bulatan bujur meninggi
Hanya terletak di atas huruf alif jika huruf yang berikutnya berbaris.Ia menunjukkan huruf ini ialah huruf tambahan yang dihazafkan(tidak dibaca sebagai huruf mad)pada ketika menyambung pembacaannya dan dikekalkan (dibaca sebagai huruf mad) ketika berhenti bacaan padanya.

3.Tanda bersambung.
Tanda ini terletak di atas huruf hamzah bersambung untuk menunjukkan huruf ini dihazafkan dari bacaan pada ketika menyambung pembacaannya.Cara menulis tanda ini ialah seperti menulis kepala Shod.

4.Tanda kepala huruf kha' tanpa titik.
Terletak di atas mana-mana satu huruf untuk menunjukkan huruf itu bertanda sukun dan bunyi bacaannya dibaca dengan cara izhar dengan mengangkat lidah ke atas.

5.Huruf yang tidak bertanda sukun
Jika terdapat huruf yang tidak bertanda sukun dan huruf berikutnya bertanda sabdu maka huruf ini diidghamkan kepada huruf berikutnya dengan cara Idgham Kamil(memasukkan dengan sempurna)Tetapi terdapat kalimah yang mempunyai dua wajah/jenis bacaan iaitu Idgham Kamil atau Idgham Naqis seperti ayat 77 surah Taha.
Manakala jika huruf yang tidak bertanda sukun diikuti huruf yang tidak bersabdu maka ia diidghamkan kepada huruf berikutnya dengan cara Idgham Naqis(memasukkan dengan tidak sempurna)atau ikhfa' tetapi tidaklah ia diizharkan sehingga mengangkat lidah ke atas (seperti izhar)dan tidaklah didghamkan seperti huruf yang berikutnya (seperti idgham)tetapi di antara kedua-duanya serta bersifat dengung.

Kursus Tahsin Al-Quran Guru Pend.Islam.

Pada 21 april 2011,Khamis-Bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan, Pokok Sena telah berlangsung Kursus Tahsin Al-Quran bagi guru-guru pend.Islam Sekolah Asrama Harian.Kursus ini dijadualkan bermula pada hari khamis 21 April dan berakhir pada hari Sabtu 22 April.Sebanyak 32 buah sekolah yang terlibat dan masing-masing menghantar seorang wakil,bagi sekolah yang mempunyai guru KAQ dikehendaki menghantar 2 orang guru untuk mengikuti slot Pembinaan Soalan KAQ.Kami dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan dikelola oleh seorang guru KAQ yang terlatih untuk mengelola bengkel Tarannum Al-Quran.Pada awalnya kami didedahkan dengan lagu-lagu Tarannum Al-Quran dan sedikit sebanyak ilmu asas tarannum oleh Ustaz Salleh Mentor KAQ yang berpengalaman luas dalam bidang Tarannum Al-Quran.Peserta-peserta kesemuanya terpesona apabila Ustaz Salleh mengalunkan lagu-lagu tarannum Al-Quran yang sekaligus memberi semangat kepada kami semua untuk terus mempelajari kaedah tarannum ini dengan lebih bersungguh-sungguh lagi.Jutaan terima kasih kepada Ustaz Salleh kerana banyak membantu kami semua peserta-peserta dalam memartabatkan kembali ilmu Al-Quran ini.Jutaan Terima kasih juga saya ucapkan kepada Guru-Guru Mentor Kumpulan Ustaz Hussin,Ustaz Ishak,Ustaz Ramli,Ustaz Mohd Nasir kerana tidak jemu-jemu mengajarkan kami lagu-lagu tarannum yang mana ada antara kami yang tidak pernah bertarannum sebelum ini.Semoga kesabaran anda semua mengajar kami membuahkan hasil seperti mana yang diharapkan.Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih ditujukan kepada pegawai-pegawai dari JPNPP Ustaz Yusof,Ustaz Zamri dan sekalian warga JPN yang turut membantu dalam melaksanakan Kursus ini.Kepada Ustaz Yusof juga diucapkan syabas dan tahniah kerana telah merancang dan melaksanakan program yang benar-benar bermanfaat bagi kami semua guru-guru pend.islam yang akan kami perkembangkan kepada anak-anak didik kami&rakan-rakan guru yang lain.Semoga kita semua dikurniakan ilmu dari Yang Maha Memiliki Segala Ilmu dan diberkati Nya dalam setiap langkah & usaha kita ini.

Monday, April 18, 2011

Qunut Dalam Solat Subuh.


Doa Qunut dalam solat subuh menjadi bahan perselisihan pendapat di antara fuqaha.Di antara mereka ada yang berpendapat sunnah dan ada yang tidak menganggap demikian.Telah diriwayatkan bahawa Nabi S.A.W membaca doa qunut di waktu solat Subuh,tetapi hadith-hadith itu menjelaskan bahawa Nabi S.A.W membaca qunut ,beliau mendoakan kebinasaan kaum musyrikin kerana menggangu kaum muslimin dan beliau mendoakan untuk kaum mukminin yang tertindas.
Ini adalah qunut yang bersifat sementara dengan sebab-sebabnya,dan para fuqaha menamakan dengan "Qunut Nazilah",yakni ketika kaum muslimin mengalami bencana,maka disunnahkan mereka berdoa dalam solat jahriah.
Di dalm solat itu mereka memohon kepada Allah Azza waJalla agar menyingkirkan bencana dan melenyapkan kesusahan itu dari mereka,sebagaimana dilakukan Nabi S.A.W.
Sebagai ulama,misalnya para ulama Syafi'iah berpendapat bahawa qunut dalam solat Subuh adalah sunnah untuk seterusnya.Bagaimanpun hal-hal ini termasuk perkara yang boleh dilakukan dan bila ditinggalkan tidak mengapa.
Telah diriwayatkan bahawa ketika AsSyafie pergi ke Baghdad,dia tidak membaca qunut di dalam solat Subuh,demi menghormati perasaan imam Baghdad,imam Abu Hanifah.Ini menunjukkan bahawa terdapat pilihan (fleksibel)dan termasuk rukhsah sehingga tidak diperselisihkan mengenai perkara itu.

Friday, April 15, 2011

Kisah Si Pengemis..


Pengemis sering dikaitkan dengan imej diri yang tak terurus,pakaian compang camping,rambut kusut masai,badan berbau&segala2 yang buruk2...bangun pagi dikejutkan oleh maki hamun dek kerana beradu di pintu pejabat orang,disergah tengking dek kerana meminta sedikit alas perut di restoran-restoran pada tengah hari..pendek kata semua sumpah seranah,cemuhan&segala perkataan yang hina sudah tidak memberi bekas di hati Sang Pengemis...itulah hakikat yang terpaksa dilalui oleh seorang insan yang bergelar Pengemis..kadangkala ada juga sesetengah manusia yang suka memberi semangat kepada si pengemis ini tetapi kata-kata semangat & azimat itu disusuli dengan kejian,kutukan,cacian "kau ni xde kudrat ke nak kerja?ni la dulu-dulu x mau sekolah,sekarang apa jadi...kau ni mesti keturunan pemalas kan!,ni mintak duit mesti nak beli benda tu kan? (dadah)"...ada juga yang berhati baik sanggup dibayarkan makan,minum si pengemis tapi yang pelik pula tauke kedai ada yang tak terima duit bayaran untuk si pengemis walhal dah berjam-jam si pengemis minta air kosong tak dilayannya apatah nak menjamu makan...aduh,bila ada orang nak bayarkan tak mahu ambil duit..nak jaga reputasi kedai kot,tak pun nak tunjuk baik..ada juga yang awal-awal lagi tak bagi melintas depan warung atau restoran diaorang..pekerja-pekerja dah diingatkan supaya cepat-cepat halau kalau-kalau ada pengemis melintas..alasan diaorang takut nanti warung diaorang tak maju,sialan pengemis berjangkit..apa ilmu diaorang belajar pun tak tahu la..
Tapi berapa ramai dari kalangan kita yang menyapa pengemis,bertanyakan makan,minum sudah atau belum?menjemput makan bersama-sama...ye la..pengemis pun manusia macam kita..di sisi manusia dia memang rendah tarafnya tetapi di sisi Allah siapa yang tahu..
Pernah penulis bertanyakan kepada pengemis di satu petang di sebuah pekan ,kenapa awak minta duit dari orang banyak sangat,mana orang nak bagi.. kerana pada masa tu pengemis tersebut meminta duit sehingga 10 ringgit..dengan selambanya pengemis tadi menjawab "saya minta duit dengan Allah cuma melalui manusia,kalau Allah izinkan&takdirkan rezeki duit 10 ringgit dari awak,awak kena bagi kan..tul tak?" penulis terkedu hanya mampu tersenyum..kemudian pengemis itu berjalan berlalu meninggalkan kesibukan pekan dalam kesuraman malam yang kian menjengah...bila penulis pulang ke rumah,hampir pagi penulis masih memikirkan kisah si pengemis tadi..tinggi sungguh ilmu Sang Pengemis..itu sahaja kata-kata yang terpacul dimulut penulis sebelum penulis terlena dibuai mimpi..
Keesokan pagi penulis mengambil keputusan menjejaki Sang Pengemis Misteri semalam..penulis menghabiskan sepetang menyoroti lorong-lorong pekan yang berakhir dengan sapaan ringkas dari belakang"cik cari sape?" penulis menoleh ke belakang,berderau darah penulis..lidah tiba-tiba kelu..tiada sepatah yang mampu diluahkan selain menatap wajah kusam seorang lelaki awal 40-an,berbadan tegap,berbaju melayu lusuh,rambut berserabai yang sedang menatap tepat ke arah mata penulis..sehingga beberapa saat baru penulis menjawab pertanyaan lelaki tersebut.."iya saya cari seseorang,awak lah.."kenapa cari saya?nak belanja saya makan ke?balas Si Pengemis tadi..tanpa menjawab penulis menunjukkan ke arah warung hujung lorong.."ye kita makan di sana"..kelihatan raut wajah Sang Pengemis gembira bukan kepalang..
BERMULA DARI HARI ITU PENULIS TELAH MENJALINKAN PERSAHABATAN DENGAN SI PENGEMIS(yang bagi penulis Si Pengemis tersebut layak digelar Ustaz)..sesungguhnya perkenalan penulis dengan Si Pengemis Misteri itu banyak memberi ilham terhadap perkembangan minda penulis khususnya dalam bidang tasawuf & sedikit sebanyak mempengaruhi perjalanan hidup penulis sehingga hari ini..Banyak lagi kisah penulis dengan Si Pengemis Misteri untuk dikongsikan..nantikan entri akan datang..apakah topik menarik yang dibualkan oleh penulis dengan Si Pengemis Misteri?Wslm

Monday, April 11, 2011

Tiada manusia Sempurna Imannya

Tiada manusia sempurna imannya kerana setiap orang mempunyai kelelemahan.Seseorang yang beriman tentu mempunyai kesalahan dan memiliki sifat buruk yang sukar dihilangkan.Tiada orang mukmin yang sempurna.
Pandangan orang jarang ditujukan pada hal-hal yang berada di pertengahan antara dua hal yang berdekatan.Bagi sesorang sesuatu itu warnanya putih sahaja,sebahagian lain hitam sahaja,mereka lupa adanya warna lain iaitu yang tidak hitam atau tidak pula putih.
Nabi S.A.W pernah bersabda kepada Abu Dzar r.a,baginda bersabda "Engkau seorang yang masih ada padamu sifat jahiliyah". Abu Dzar adalah sahabat yang utama termasuk orang pertama yang beriman dan berjihad akan tetapi masih lagi ada kekurangan.
Juga dalam Sahih Bukhari diterangkan oleh Nabi S.A.W " Barangsiapa yang meninggal bukan kerana melakukan jihad dan tidak dirasakannya dalam jiwanya maksud akan berjihad maka dia mati dalam keadaan sedikit ada nifaknya.
Abdullah bin Mubarak meriwayatkan Ali bin Abi Talib r.a yang mengatakan sebagai berikut: "Seorang mukmin itu permulaannya tampak sedikit putih dalam kalbunya;setiap kali imannnya bertambah,maka bertambah putihlah kalbu itu.Begitu seterusnya hingga kalbunya menjadi putih semua.
Begitu juga kemunafikan,pertama ada tanda-tanda hitam dalam kalbunya setiap kali melakukan kemunafikan,maka bertambah pula hitamnya,sampai hatinya menjadi hitam semua.
Demi Allah jika dibuka hati seorang mukmin,maka tentu tampak putih sekali;jika dibuka hati orang kafir,maka tentu tampak hitam sekali"
Ini bererti seseorang tidak dapat sekaligus menjadikan imannya sempurna atau terus munafik tetapi kedua hal itu menjadi dengan bertahap,yakni sedikit demi sedikt.

Saturday, April 9, 2011

Al-Qur'an : KEPENTINGAN DAN PERANANNYA DALAM KEHIDUPAN.

Al-Qur'an : KEPENTINGAN DAN PERANANNYA DALAM KEHIDUPAN.

Segala puji bagi Allah s.w.t yang telah memuliakan kita dengan al-Qur'an dan mengurniakan kita rahmat dan kesejahteraan melalui bacaan dan praktikalnya dalam kehidupan.

Sesungguhnya al-Qur'an itu merupakan Kalam Allah yang Maha Bijaksana dan Perlembagaan-Nya yang Maha Adil dan Maha Mengasihani.

Seterusnya selawat dan salam ditujukan kepada penghulu Bani Adam, Muhammad s.a.w dan kepada seluruh ahli keluarga, sahabat baginda dan golongan yang mengikuti mereka sehingga Hari Kiamat.

Sesungguhnya Allah w.w.t telah menurunkan al-Qur'an dari langit sebagai rahmat dan petunjuk kepada manusia mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat sebagaimana firman Allah :


"Kitab (al-qur'an) ini tidak ada keraguan padanya ; menjadi petunjuk bagi mereka yang bertakwa."
(al-Baqarah : 2)

Tanpa berpegang dan mengetahui al-Qur'an, hidup hidup seseorang muslim itu tidak akan bermakna dan barangsiapa yang berusaha mempelajari, menghafaz dan mengamalkan kandungannya merupakan golongan yang beruntung yang dikurniakan kebaikan yang berlipat kali ganda.

Oleh yang demikian, setiap orang Islam hendaklah berusaha mempelajari bacaan al-Qur'an yang menjadi asas kepada menghafaz, memahami dan mempraktikkan kandungannya.

Jika dilihat kepada situasi hari kita pada hari ini, setiap orang berlumba-lumba untuk memasuki sekolah-sekolah dan institusi-institusi yang berkredibilititinggi dan berkualiti yang mempunyai tenaga pengajar mahir dan berkebolehan supaya dapat menguasai bidang yang dipelajari dengan lebih berkesan.

Keadaan ini tidak sepatutnya terhad kepada bidang pengajian moden sahaja bahkan perlu juga meliputi aspek pengajaran bacaan al-Qur'an yang merupakan titik permulaan dalam memahami agama Islam dengan sebenar-benarnya dan supaya dapat membudayakan al-Qur'an di kalangan masyarakat.