Monday, April 14, 2014

Salahuddin al-Ayyubi

Bismillahirrahmanirrahim
Pembaharuan Perjuangan Salahuddin Al-Ayyubi

I. Kelahiran Salahuddin
Berasal dari keluarga yang mempunyai keturunan yang mulia inilah, Salahuddin Yusuf bin Ayyub dilahirkan pada tahun 532 H bersamaan 1137M. Tempat lahirnya ialah di kota Tikrit. Tikrit adalah sebuah daerah yang hampir dengan kota Baghdad. Di sini terdapat sebuah kota yang kukuh terletak di tebing sungai Dijlah.
Kota ini telah dibina oleh raja-raja Parsi di zaman lampau di sebuah kawasan dataran berbatu. Kota ini digunakan untuk menyimpan berbagai khazanah, disamping bertindak sebagai tempat mengintip pergerakan musuh. Daerah ini telah dibuka oleh orang-orang Islam pada tahun 16 H, di zaman pemerintahan Umar bin Al-Khattab RA.
Setelah itu daerah ini bersilih ganti jatuh ke tangan beberapa buah kerajaan Islam, sehinggalah akhirnya ia jatuh ke tangan kerajaan bani Seljuk. Ayyub bin Syazi ayahanda Salahuddin telah berhubing dengan salah seorang pegawai dan pemerintah pasukan polis bani Seljuk di Baghdad di waktu itu adalah Mujahiduddin Bahruz.
Mujahiduddin Bahruz telah melantik Ayyub menjadi penguasa di kota Tikrit, manakala saudaranya Syirkuh Asaduddin telah dilantik sebagai penolongnya. Jawatan kedua beradik ini menyerupai pemerintah Tikrit dalam ertikata yang sebenarnya.
Kedua beradik ini datang ke bumi Iraq dari sebuah kampung terpencil di hujung sempadan Azerbajian, di satu kawasan yang dikenali dengan nama Dawyin, berhampiran dengan daerah Aran. Keturunan keduanya sebagaimana yang disebutkan sebelum ini adalah dari kabilah Kurdi Rawwadiah. Mereka telah menetap di Tikrit dan bertugas dalam pasukan polis Bahruz.
Apa yang peliknya ialah kelahiran Salahuddin serentak dengan hari Mujahiduddin Bahruz memerintahkan Najmuddin Ayyub dan saudaranya Syirkuh meninggalkan bandar Tikrit, yang disebabkan tindakan Syirkuh membunuh salah seorang pengawal keselamatan di kota Tikrit yang cuba mengganggu kehormatan seorang gadis. Syirkuh telah bertindak membunuh pengawal tersebut demi menjaga kehormatan dan maruah gadis terbabit, yang meminta pertolongan daripadanya.
Berikutan kejadian Bahruz berada dalam keadaan dilema, sama ada mengekalkan Syirkuh di kota Tikrit atau memerintahkannya supaya meninggalkan kota itu. Bahruz bimbang jika ia mengekalkan Syirkuh dan saudaranya itu menjadi penguasa Tikrit, pengawal-pengawal lain akan membalas dendam. Tidak ada cara lain untuk mengatasi masalah ini kecuali menyuruh Najmuddin dan saudaranya itu meninggalkan kota Tikrit. Mujahiduddin Bahruz datang sendiri bertemu dengan keduanya dan menyatakan rasa bimbangnya akibat peristiwa itu, dan meminta mereka berdua keluar dari Tikrit pada malam itu juga. Kedua bersaudara ubu jekyar dari Tikrit menuju ke Mausul dengan membawa keluarga masing-masing. Salahuddin turut serta dalam perjalanan ini.
Pengarang buku "Wafiat Al-A'yan" menjelaskan ayahanda Salahuddin, iaitu Najmuddin Ayyub pernah menunjukkan reaksi kurang senangnya terhadap Salahuddin ketika melarikan diri dari kota Tikrit. Najmuddin pernah berhasrat untuk membunuh Salahuddin, apabila anaknya itu menjerit di dalam perjalanan, tetapi salah seorang pengikut Najmuddin memberi amaran kepadanya supaya melupakan niatnya itu dengan menegaskan: "Wahai tuan yang mulia, saya melihat tuan begitu bersedih dan menunjukkan reaksi kurang senang terhadap anak ini.
Apakah dosanya maka tuan berusaha membunuhnya? Atas alasan apakah tuan sanggup berbuat demikian?. Tindakan tuan ini tidak sedikitpun bermanfaat dan tidak dapat memudaratkan perjalanan ini, malah tidak akan mendatangkan apa-apa faedah. Apa yang berlaku pada tuan ini adalah ketentuan qadak dan qadar Allah. Manalah tahu suatu hari nanti anak tuan ini akan menjadi seorang raja yang agung, masyhur dan terkenal di seluruh pelosok dunia.
Manalah tahu suatu hari nanti Allah memberikan kedudukan yang begitu tinggi kepadanya, kerana itu berikanlah sepenuh perhatian kepada anak tuan yang tidak berdosa dan tidak mengenal kesusahan yang sedang tuan hadapi ini". Ucapan ini memberi kesan kepada Najmuddin Ayyub, lantas beliau menarik balik hasratnya dan kembali memberi tumpuan sepenuhnya kepada anaknya itu.



II. Kehidupan Salahuddin Al-Ayyubi
Najmuddin Ayyub dan saudaranya Syirkuh meninggalkan Baghdad menuju ke Mausul. Di sini keduanya berkhidmat dengan Imaduddin Zanki yang mengalu-alukan kedatangan mereka, malah memberi berbagai hadiah dan layanan istimewa kepada keduanya. Sambutan hangat dan kemuliaan yang diberikan oleh Imauddin Zanki ini disebabkan tindakan Najmuddin dan saudaranya Syirkuh menyelamatkan Imaduddin Zanki dari dibunuh dan menjadi tawanan kerajaan bani Seljuk. Imaduddin Zanki pernah memerangi kerajaan bani Seljuk di kota Tikrit beberapa hari.
Kebetulan pada masa itu Bahruz menjadi penguasa kota Baghdad bagi pihak kerajaan bani Seljuk. Sebelum ini telah dijelaskan Syirkuh dan saudaranya Najmuddin pernah dilantik oleh Bahruz menjadi penguasa di kota Tikrit bagi pihaknya. Serangan yang dilakukan oleh Imaduddin Zanki menatijahkan beliau mengalami kekalahan teruk di hadapan tentera bani Seljuk.
Ketika mengundurkan diri ke Mausul, Imaduddin melalui kota Tikrit. Nyawa beliau dan bala tenteranya berada di tangan penguasa kota Tikrit iaitu Najmuddin dan saudaranya Syirkuh. Jika Najmuddin mahu ia boleh membunuh kesemua bala tentera Imaduddin Zanki, namun ia lebih suka memberi layanan yang baik kepada musuh kerajaan bani Seljuk itu, dan memberikan bantuan-bantuan yang perlu sehingga akhirnya Imaduddin Zanki selamat sampai di Mausul.
Layanan dan akhlak yang baik ini rupa-rupanya telah mendatang natijah yang baik dalam membina kerajaan bani Ayyub dan menegakkan kemuliaan Islam di kemudian hari oleh Salahuddin Al-Ayyub. Sebagai membalas jasa keduanya Imaduddin Zanki telah memberi sambutan yang meriah kepada mereka. Selain itu Imaduddin juga menghadiahkan sebidang tanah supaya mereka dapat hidup dengan selesa di Mausul.
Najmuddin dan saudaranya berserta Salahuddin tinggal bersama Imaduddin Zanki dibawah layanan yang cukup istimewa dan penuh kemuliaan, malah Imaduddin menyerahkan kepada Najmuddin dan Syirkuh urusan ketenteraan. Ketika kota Ba'albak jatuh ke tangan Imaduddin pada tahun 534H, beliau telah melantik Najmuddin sebagai gabenor di kota ini. Ini menunjukkan betapa erat dan ikhlasnya hubungan antara Imaduddin Zanki dengan Najmuddin.
Salahuddin menghabiskan zaman kanak-kanaknya di Ba'albak. Inilah tahun-tahun yang paling bahagia bagi Salahuddin menghabiskan zaman kanak-kanaknya. Salahuddin dibesarkan dengan penuh semangat keberanian dan kapahlawanan. Beliau dilatih menghadapi peperangan dan jihad, mempraktikkan siasah negara dan segala urusan yang berkaitan, sebagaimana kata penyair:
"Anak muda kita membesar di kalangan kita, mengikut tradisi yang biasa dilalui oleh bapanya"
Masa-masa yang dihabiskan oleh Salahuddin di Damsyik setelah kota itu jatuh ke tangan Nuruddin bin Imaduddin Zanki, adalah hari-hari yang paling cemerlang dalam hidupnya. Di sinilah keperibadian dan bakat beliau menonjol sehingga menerima pujian dan sanjungan dari masyarakat, malah beliau mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dari anak pemerintah Damsyik sendiri. Salahuddin muncul di tengah-tengah masyarakat sebagai seorang pemuda yang tenang, beradab dan kuat pegangan agamanya. 
Semangatnya untuk membela Islam dan kaum muslimin berkobar-kobar di dalam jiwanya. Ini sedikit sebanyak berpunca dari pengaruh Nuruddin Zanki sendiri yang pada masa itu adalah seorang yang mempunyai akhlak yang mulia dan telah memberikan Salahuddin kedudukan yang istimewa di sampingnya. Di antara jawatan yang disandang oleh Salahuddin sewaktu di Damsyik ialah sebagai ketua polis Damsyik. Salahuddin telah melaksanakan tugasnya dengan baik dan berjaya membersihkan bandar Damsyik dari pencuri dan penceroboh.
Akhirnya keamanan dan kestabilan menyelubungi seluruh bumi Syam. Rakyat merasa diri dan harta mereka aman dan mereka dapat menjalani kehidupan seharian dengan selesa. Inilah dikenali dengan nama Arqalah Ad-Dimasyqi menggambarkan kegembiraannya apabila Salahuddin memegang jawatan ketua polis Damsyik:
"Berhati-hatilah wahai pencuri-pencuri negeri Syam. Aku ingin menasihatkan anda sekalian. Sekarang serupa namanya dengan Nabi Yusuf yang empunya hujah dan kecantikan, telah datang. Kecantikan Nabi Yusuf menyebakan terpotongnya tangan gadis-gadis yang melihatnya, manakala Yusuf Salahuddin pula memotong segala tangan-tangan yang mencuri."
Tempoh masa yang dihabiskan oleh Salahuddin di Mesir pula merupakan tempoh masa yang paling kemuncak bagi beliau, kerana pada masa itu sikap kepahlawanannya terserlah, manakala kemahiran dan kepintarannya dalam siasah peperangan mula menonjol. Ketika Syawar As-Sa'di memberontak menentang kerajaan Fatimi di Mesir pada tahun 558H, beliau telah meminta pertolongan Nuruddin Zanki dari Damsyik.
Pada  peringkat awalnya Nuruddin merasa ragu dengan permohonan itu tetapi kemudiannya beliau mengubah fikiran lalu menghantar panglima agungnya Asaduddin Syirkuh yang turut disertaioleh anak saudaranya Salahuddin yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan unggul dalam seni-seni peperangan dan pertempuran bersama dengan bapa saudaranya Syirkuh berjaya meletakkan Mesir di bawah pemerintahan Nuruddin pada tahun 546H.
Kesimpulannya zaman kanak-kanak Salahuddin penuh dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji. Zaman inilah beliau dapat bergaul dengan para amir, panglima-panglima tentera, mempelajari seni kemahiran peperangan, menunjukkan semangat yang tinggi untuk membela Islam, dan berani, baik dari sudut material mahupun dari sudut tatasusila. Sifat-sifat inilah yang melayakkannya menjadi tokoh ulung lagi cemerlang yang berjaya menggegarkan dunia dan menukar perjalanan sejarah.




III. Salahuddin Sebagai Menteri Kerajaan Fatimiah
Asaduddin Syirkuh meninggal setelah dua bulan memegang teraju menteri kerajaan Fatimiah. Salahuddin berkabung kerana kematian bapa saudaranya itu selama tiga hari. Sementara itu, khalifah mula memikirkan untuk memilih Salahuddin sebagai menterinya. Beliau telah membuat keputusan untuk melantik Salahuddin sebagai menterinya sebagai menggantikan Asaduddin Syirkuh, walaupun umur Salahuddin pada masa itu terlalu muda dan masih ramai panglima-panglima agung yang lain yang turut serta dalam barisan tentera Syam.
Ahli sejarah menjelaskan sebab pemilihan ini ialah khalifah bermaksud ingin mengawal Salahuddin dan menjadikan beliau orang suruhannya, tetapi keadaan tidak menyebelahinya. Salahuddin dilantik menjadi menteri ketika berumur 32 tahun setelah terlatih dalam beberapa peperangan dan mecedok pengalaman yang berharga ketika bersama bapa saudaranya Asaduddin Syirkuh. Inilah yang menyebabkan kedudukannya begitu cemerlang.
Salahuddin seorang menteri yang baik. Beliau berjaya mengambil hati rakyat Mesir supaya tidak berpakat dengan amir-amir yang lain menentangnya. Beliau memeberikan bantuan yang melimpah ruah kepada rakyat dan berurusan dengan mereka dengan lembut dan penuh toleransi, menyebabkan beliau sangat-sangat disukai dan dikasihi oleh rakyat jelata. Diantara faktor yang meningkatkan lagi kemasyhurannya ialah kejayaan beliau mengalahkan tentera salib Perancis yang menyerang Dimyat dan Ghizzah serta kejayaan beliau menguasaai bandar Aqabah.
Bandar ini adalah kunci Laut Merah bagi para jemaah haji Mesir khususnya dan kaum muslimin amnya untuk ke Mekah Mukarramah. Kejayaan menguasai jalan penting ini menjadi faktor utama kepercayaan dan keikhlasan penduduk Mesir kepada beliau. Ini sekaligus menjadi faktor utama mereka meninggalkan mahzab syiah dan bergabung dengan saudara-saudara mereka dari kalangan ahli Sunnah Wa Al-Jamaah, di bawah panji-panji Salahuddin, yang memerangi musuh-musuh Allah, golongan kuffar dan tentera Salib yang zalim dan penghasad dengki itu.



IV. Sebab dan Dorongan Berlakunya Perang Salib
Peperangan ini tercetus oleh banyak faktor. Antaranya:
a.        Dorongan Hasad Dengki Sekian Lama Pihak Salib Terhadap Islam Dan Umat Islam.
Ini berikutan Kejayaan umat Islam menguasai Baitul Maqdis dan meletakkannya di bawah keadilan pemerintahan Islam di samping pembukaan yang terbentang luas yang dilakukan oleh tentera Islam ke atas wilayah-wilayah di kawasan Asia, Afrika dan juga Eropah yang sebelumnya berada di bawah pengaruh Kristian.
b.       Kota Konstintiniyah terancam oleh penguasaan Seljuk Islam, setelah mereka berjaya menghampiri kota itu. Oleh itu Emperor Baizantin Alexius Comnenus meminta bantuan daripada negara-negara Kristian untuk menentang umat Islam.
c.        Pembohongan yang dilakukan oleh para jemaah haji Kristian yang pulang ke Eropah setelah menunaikan haji ke Baitul Maqdis tentang kezaliman dan pembunuhan yang dihadapi oleh mereka dari pihak kaum muslimin. Antara yang paling kuat sekali menghasut dan menaburkan fitnah di sana ialah Patriach Ermite.
d.       Semangat keagamaan
Wujud semangat keagamaan di kalangan orang-orang Kristian untuk membebaskan Baitul Maqdis daripada tangan kaum muslimin dan mendapatkan pengampunan dosa dan kesalahan bagi setiap orang yang turut serta dalam peperangan Salib. Perhimpunan-perhimpunan yang diadakan oleh pihak gereja dan pidato-pidato berapi-api daripada pihak Uskup, Rahib dan Pope adalah teknik yang paling berkesan dalam menaikkan keagamaan di kalangan orang-orang Kristian dan untuk memonopoli semangat itu.
e.        Kecenderungan kerajaan Fatimiah di Mesir mengadakan pakatan dan kerjasama dengan kerajaan Baizantin bagi menentang kaum muslimin Seljuk, dalam usaha mendapatkan kembali wilayah-wilayah yang dikuasai oleh kaum muslimin Seljuk itu.
Di antara yang perlu disebut di sini ialah Pope telah menyampaikan pidato penting dalam perhimpunan Clirmont di Perancis,yang terakhir dengan pengisyitiharan perang Salib ke atas dunia Islam pada tahun 488H dan permusuhan terhadap Islam dan kaum muslimin. Di antara isi pidatonya ialah:
"Peperangan ini bukan untuk menguasai satu bandar sahaja, malah seluruh kawasan Asia dengan segala kekayaan dan khazanahnya yang tidak terhingga. Jadikanlah kubur suci Nabi Isa sebagai pengkalan untuk bergerak dan bebaskanlah bumi-bumi suci daripada tangan-tangan kaum perampas. Anda sekelian sebagaimana yang dinyatakan oleh Tawrat adalah bumi yang akan melimpahkan kepada kita susu dan madu."



V. Sebab-sebab Kemenangan Salahuddin Dalam Pertempuran Hittin
Sebelum ini telah dijelaskan Salahuddin berjaya membenuk sebuah kerajaan yang besar yang merankumi utara Iraq atau Kurdistan, Syam, Mesir, Barqah dan lain-lain. Kejayaan Salahuddin ini memudahkan beliau menyediakan persiapan bagi memerangi tentera salib dan membebaskan Baitul Maqdis serta wilayah-wilayah lain yang tunduk kepada pemerintahan dan kekuasaan mereka.
Salahuddin menuggu kesempatan yang baik untuk bertindak dan memberi pengajaran kepada mereka dengan pengajaran yang mereka tidak akan lupa buat selama-lamanya, disebabkan oleh keganasan dan jenayah-jenayah yang mereka lakukan ke atas Baitul Maqdis, Masjidil Al-Aqsa dan para penduduknya sebelum itu.
Masa untuk bertindak bagi Salahuddin tiba, apabila Raynald pemerintah Salib di Karak menyerang kafilah dagangan Salahuddin pada tahun 582H. Wilayah Karak terletak antara negara Mesir dan Syam. Salahuddin sendiri mempunyai perjanjian dengan kerajaan ini. Di antara perjanjian ialah kafilah-kafilah dagangan Islam dibenarkan berulang-alik antara Mesir dengan Syam dengan aman dan selamat. Begitulah sebaliknya.
Hasil pencerobohan Raynald ke atas kafilah dagangan Islam manakala harta benda mereka dirampas. Ahli-ahli sejarah melaporkan ketika kafilah dagangan kaum muslimin jatuh ke tangan Raynald, beliau mempersendakan agam Islam dan Nabi Besar Muhammad SAW. Raynald pernah berkata:
"Jika anda semua yakin kepada ajaran Muhammad, panggillah ia supaya membebaskan anda semua dan menyelamatkan anda dari keadaan yang sedang anda tempuhi sekarang"
Apabila berita ini sampai ke pengetahuan Salahuddin, bukan main kepalang marahnya beliau kepada Raynald, sehingga beliau bersumpah jika beliau berjaya menawan Raynald, beliau akan membunuhnya dengan tangan beliau sendiri. Pencerobohan yang dilakukan oleh pihak Salib ini memberi ruang kepada Salahuddin melancarkan perang menentang tentera Salib dan memberi pukulan teruk kepada mereka.
Nama Salahuddin tersebar ke Eropah dan menjadi bahan perbualan kaum ibu bagi menakutkan anak-anak mereka Salahuddin menunjukkan moral yang tinggi terhadap musuhnya yang tidak berdaya, tidak sebagaimana layanan kaum Salib terhadap tawanan Islam. Beliau melayan dengan baik para tawanan, kaum wanita dan kanak-kanak salib sehingga perkara ini menjadi kebanggaan sejarah dan contoh tauladan kepada generasi selepas beliau.


Tuesday, January 28, 2014

Seruan Jihad.!!




Ayat-Ayat Al Quran Tentang Jihad
Perlu dipahami dengan baik, bahwa jihad merupakan bahasa Al Quran, maka Al Quran-lah yang paling berhak menceritakan apa makna jihad sebenarnya. Akal dan perasaan kita wajib tunduk kepadanya, dan tidak boleh mengingkarinya atau memberikan pemahaman apologi yang menyimbolkan kekalahan mental umat Islam dari orang Barat, hanya karena takut disebut teroris.
Allah Ta’ala berfirman di berbagai ayat:

“Diwajibkan atas kamu berperang, Padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh Jadi kamu membenci sesuatu, Padahal ia Amat baik bagimu, dan boleh Jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, Padahal ia Amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al Baqarah (2): 216)

“Dan perangilah mereka di mana saja kamu jumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kamu (Mekah); dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan, dan janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu (di tempat itu), Maka bunuhlah mereka. Demikianlah Balasan bagi orang-orang kafir.” (QS. Al Baqarah (2): 191)

“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezki.” (QS. Ali Imran (3): 169)

“Hai orang-orang yang beriman, bersiap siagalah kamu, dan majulah (ke medan pertempuran) berkelompok-kelompok, atau majulah bersama-sama!” (QS. An Nisa (4): 71)

“Hai Nabi, Kobarkanlah semangat Para mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar di antaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan seribu dari pada orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti.” (QS. Al Anfal (8): 65)

“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari Kemudian, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (Yaitu orang-orang) yang diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam Keadaan tunduk.” (QS. At Taubah (9): 29)

Dan masih sangat banyak lagi ayat-ayat yang menganjurkan jihad melawan orang kafir, menceritakan keutamaannya, dan mengabarkan balasan bagi mujahidin baik dunia maupun akhirat.

Hadits-Hadits Nabi Tentang Jihad

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ مَاتَ وَلَمْ يَغْزُ وَلَمْ يُحَدِّثْ بِهِ نَفْسَهُ مَاتَ عَلَى شُعْبَةٍ مِنْ نِفَاقٍ
“Dari Abu Hurairah berkata, bahwa Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Barangsiapa yang mati dan belum pernah berperang, dan dirinya belum pernah membicarakan perang maka matinya di antara cabang kemunafikan.” [9]

Hadits lain:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا هِجْرَةَ بَعْدَ الْفَتْحِ وَلَكِنْ جِهَادٌ وَنِيَّةٌ وَإِذَا اسْتُنْفِرْتُمْ فَانْفِرُو
 Dari Ibnu Abbas Radhiallahu ‘Anhu berkata, bahwa Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Tidak ada hijrah setelah penaklukan kota Mekah, tetapi yang ada adalah jihad dan niat, jika kalian diperintahkan untuk berangkat maka berangkatlah (untuk jihad).” [10]

Dari Abu Said Al Khudri, bahwa ada orang bertanya:
 يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ النَّاسِ أَفْضَلُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُؤْمِنٌ يُجَاهِدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِنَفْسِهِ وَمَالِه
“Wahai Rasulullah! Manusia bagaimanakah yang paling utama?” Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab: “Seorang mukmin yang berjihad di jalan Allah dengan jiwa dan hartanya.”[11]

Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu, ada seorang bertanya kepada Nabi Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam, apakah ada amal perbuatan yang sebanding dengan jihad fi sabilillah? Beliau menjawab: “Kalian tidak akan mampu.” Mereka bertanya hingga dua atau tiga kali, semuanya dijawab: “Kalian tidak akan mampu.” Begitu yang ketiga kalinya, beliau bersabda:
مَثَلُ الْمُجَاهِدِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ الصَّائِمِ الْقَائِمِ الْقَانِتِ بِآيَاتِ اللَّهِ لَا يَفْتُرُ مِنْ صِيَامٍ وَلَا صَلَاةٍ حَتَّى يَرْجِعَ الْمُجَاهِدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ تَعَالَى
“Perumpamaan mujahid di jalan Allah bagaikan seorang yang berpuasa, shalat malam, berdzikir membaca ayat Allah, tidak pernah henti dari puasa dan shalatnya itu sampai pulangnya si mujahid di jalan Allah Ta’ala.” [12]
Jadi seorang yang berjihad, sama nilainya dengan orang yang berpuasa terus menerus dan shalat terus menerus tanpa henti, sampai mujahid itu pulang. Apakah ada manusia yang mampu puasa dan shalat malam tanpa henti selama mujahid pergi perang hingga dia pulang? Tidak ada!



Sumber: http://www.dakwatuna.com

Monday, January 20, 2014

Tokoh Besar Dunia Islam Nusantara

Sayyid Jamaluddin Al-Hussein 
@ Sayyid Hussein Jamadil Kubra (1310-1453)

      
 Sayyid Jamaluddin Al-Hussein atau Sayyid Hussein Jamadil Kubro[1] adalah salah seorang putera kepada Amir al-Mu’azhzham Syah Maulana Ahmad Sayyid (Ahmad Syah Jalal). Beliau adalah seorang 'patriach', induk  atau nenek moyang kepada kebanyakan ulama di Nusantara, antaranya para Wali Songo. Beliau mempunyai sebelas orang adik beradik yang cukup terkenal dan tersohor  di Patani, Jawa dan Samudera-Pasai[2]. Mereka adalah:

1.       Sayyid Jamaludin al-Hussien

2.       Sayyid Muhyiddin Syah

3.       Sayyid Alaudin Abdullah

4.       Sayyid Amir Syah Jallal
 

5.       Sayyid Alwi Kutub Khan

6.       Sayyid Hasanudin

7.       Sayyid Qadir Binahsan

8.       Sayyid Ali Azamat Syihabudin Umar Khan

9.       Sayyid Sheikh  Mohamad Arifin Syah atau
 

          Tok Kelumpang Al-Jarimi Al-Fatani

10.     Sayyid Syeikh  Mohamad Saman Syah Al-Fathani
 

          atau Syeikh Thanaudin Al-Fathani atau Dato' Adi Putra[3]

11.     Sayyid  Nik Al-Fathani

12.     Syariff Qamaruddin

13.     Sayyid Majduddin

14.     Sultan Sulaiman al-Baghdadi[4]

          Sekitar pertengahan abad ke 14 Masihi, Sayyid Hussein Jamadil Kubro telah meninggalkan India dengan membawa bersama tiga orang saudaranya iaitu Syarif Qamaruddin, Sayyid Majduddin dan Sayyid Thanauddin[5]
 untuk mengembangkan dakwah Islamiyyah ke sebelah timur. Mereka menuju ke arah Kesultanan Samudera-Pasai di Sumatera Utara yang telah berkembang menjadi pusat Islam Nusantara menggantikan peranan Baghdad di Iraq yang mengalami kehancuran akibat penyerangan Tatar. Waktu itu Kesultanan Samudera-Pasai berada di bawah pemerintahan Sultan Alaiddin Ahmad Malik al-Zahir II (1326-1350) yang masyur itu. Baginda inilah sultan yang mendapat kunjungan dari Ibnu Batuttah pada tahun 1345 dan 1346 Masihi.

          Pada masa inilah Kerajaan Samudera-Pasai berada di puncak kecemerlangan dan kegemilangan sehingga menjadi terbilang di seluruh penjuru dunia, sehingga orang-orang Arab dan Eropah sendiri telah menamakan Pulau Sumatera bersempena nama Kesultanan Samudera ini, iaitu Samodra atau Samotra pada lidah Arab dan Sumatera pada lidah bangsa-bangsa Eropah.
 

          Menurut catatan Ustadz Dr Hilmi Bakar al-Mascaty[6]
 : 

          “ Rombongan para Sayyid dari Kerajaan Islam Tughlug India ini mendapat sambutan dan penghormatan besar di Kerajaan Islam Pasai, karena mereka adalah para ulama dan maulana yang mengajar Islam. Apalagi Sultan Malik al- Zahir II dan ayahandanya, Sultan Malik al-Zahir I atau nendanya Sultan Malik al-Saleh adalah keturunan dari para Sultan Perlak (Maulana Sayyid Abdul Aziz Syah) dan Raja Jeumpa (Syahir Nawi-Shahriansyah Salman) yang kedua-duanya bertemu pada jalur Imam Jaafar Sadiq, cucu dari Sayyidina Hussein bin Fatimah binti Rasulullah SAW[7]

          “  Itulah sebabnya mengapa rombongan Sayyid Jamaluddin dan Maulana Malik Ibrahim mendapat sambutan dan penghormatan luar biasa oleh Sultan dan para petinggi Kerajaan Samudera-Pasai. Karena memang sebelumnya hubungan antara Kesultanan Samudera-Pasai dengan Kesultanan Delhi, sebagai negeri asal rombongan Sayyid Jamaluddin, sudah terhubung rapat yang dibuktikan dengan adanya ulama besar dari Delhi di Kerajaan Samudera-Pasai iaitu Maulana Amir Daulasa sebagaimana disebutkan Ibnu Batutah[8]. Mungkin saja kedatangan Sayyid Jamaluddin merupakan sebuah kelanjutan muhibbah antara Pasai dan Delhi.”

          “ Maka tidak menghairankan apabila Sayyid Jamaluddin memilih Pasai sebagai tujuannya, kerana kebesaran Pasai sudah menjadi legenda dalam Kesultanan Delhi. Sebagaimana kedudukan Maulana Amir Daulasa pada Kerajaan Pasai, maka tidak diragukan bahwa Sayyid Jamaluddin dengan rombongannya, termasuk Grand Master gerakan Wali Songo di tanah Jawa, Maulana Malik Ibrahim, juga mendapat kedudukan terhormat di Kerajaan Pasai. Mereka telah menjadi tokoh-tokoh utama dan sentral yang mempengaruhi kebijakan Kerajaan Islam Pasai, khususnya pada zaman pemerintahan Sultan Malik al-Zahir II, atau penggantinya Sultan Zainal Abidin dan Sultan Salahuddin. "

             “ Peranan mereka bukan hanya sebagai tokoh agama saja, tapi juga mengurusi masalah-masalah politik internasional, membangun jaringan politik internasional yang menghubungkan antara dunia Arab, Parsi, India, Cina dengan dunia Islam Nusantara yang berpusat di Kerajaan Islam Pasai. Di antara fokus mereka adalah mengembangkan kekuasaan Kerajaan Islam Pasai ke seluruh Nusantara agar menjadi patron bagi Kerajaan Islam di seluruh Nusantara. Kerana dengan semakin besarnya kekuasaan dan wilayah Kerajaan Pasai akan mempermudah gerakan Islamisasi Nusantara, termasuk strategi jitu untuk meredam perkembangan Kerajaan Buddha Siam di sebelah barat dan Kerajaan Hindu Majapahit di sebelah timur[9]. “

          Bagaimanapun kelicinan pelaksanaan gagasan tersebut dalam Kesultanan Samudera Pasai menemui halangan yang besar  apabila berlaku suatu peristiwa di luar jangkaan sejurus kemangkatan Sultan Malik az-Zahir dalam tahun 1350 Masihi. Putera yang menggantikan baginda, iaitu Sultan Zainal Abidin masih terlalu muda, maka tinggallah pemerintahan dalam tangan orang-orang besar kerajaan.

          Putera ini kemudian diculik oleh tentera Siam, dengan bantuan hulubalang Pasai yang khianat, kemudian di bawa ke istana Sukhothai. Orang-orang besar Pasai terpaksa datang menyembahkan 'bunga emas' ke negeri Siam, menghadap rajanya mohon diserahkan kembali Sultan Samudera-Pasai yang masih muda itu. Raja Siam mengizinkan dengan syarat Samudera-Pasai terus membayar ufti untuk masa-masa akan datang sebagai tanda takluk bawah kerajaannya, maka terpaksalah dituruti kemahuannya demi keselamatan Sultan Zainal Abidin.

          Belum pun pulih daripada peristiwa yang mengejutkan itu,  datang pula serangan dari angkatan perang Majapahit. Baik hulubalang Samudera-Pasai mahupun tentera Siam tidak mempunyai cukup kekuatan untuk mempertahankan serangan tersebut sehingga menjadi lemah akibat pukulan hebat dari dua kuasa iaitu Kerajaan Buddha Siam dan Kerajaan Hindu Majapahit[10]. Mujurlah kesultanan tersebut masih mampu bertahan dan berfungsi terus sebagai pusat pancaran, rujukan, peradaban serta pendidikan Islam untuk waktu yang lama termasuklah dari Kesultanan Melayu Melaka yang mula tersinar bintangnya bermula akhir abad ke 14 Masihi.

          Natijah daripada dua peristiwa yang getir itu, maka pasukan alim-ulama  yang gigih merencanakan program-program Islamisasi serta pengluasan politi Islam Nusantara dari markaz mereka dalam Kerajaan Samudera-Pasai  terpaksa menukar strategi.

       Kebetulan waktu itu telahpun wujud suatu bentuk kerjasama diantara Kesultanan Samudera-Pasai dan Langkasuka (yang berada di bawah pemerintahan Raja Bharubhasa@ Sultan Mahmud). Kerjasama  atau kesatuan yang dimaksudkan itu diberikan nama Negeri Chermin.
 

          Raja Bharubhasa yang diislamkan oleh seorang ulama Pasai mempunyai pertalian kekeluargaan dengan al-Marhum Sultan Malik az-Zahir, kerana adinda baginda yang bernama Puteri Chendana adalah permaisuri Sultan Samudera-Pasai yang waraq itu[11]. Dan Raja Bharubhasa sememangnya mendambakan kesinambungan gagasan 'Pamalayu Kartanegara[12]' yang menguasai seluruh Asia Tenggara, lalu mengambil inisiatif mewujudkan empayar Chermin dalam tahun 1339 Masihi yang meliputi utara Semenanjung Tanah Melayu, Champa,  Samudera-Pasai dan  berpusat di Langkasuka (di Patani)[13].
 

             Raja Bharubhasa telah bergabung dengan Patih Gaja Mada dari kerajaan Majapahit untuk membina empayar besar di Nusantara menggantikan kuasa Srivijaya. Dalam tahun 1357 Masihi, Patih Gajah Mada dan Raja Bharubhasa telah berjaya menewaskan Siam, lalu mengisthtiharkan Kota Jiddah[14]
  di Kelantan sebagai ibukota empayar Majapahit Barat, sementara kepulauan Jawa menjadi Majapahit Timur. 

          Mungkin atas sebab inilah Sayyid Hussein Jamadil Kubra dan rakan-rakannya mengambil keputusan mengubah markaz mereka ke Kota Jiddah di Kelantan sekitar tahun 1350an, untuk bergabung dengan penguasa Islam baru yang kuat, iaitu Raja Bharubhasa, ipar kepada Sultan Malik az-Zahir Pasai, demi kesinambungan agenda Islamisasi Nusantara. Maka setelah mempersiapkan diri dengan berbagai perlengkapan dakwah, berangkatlah rombongan Sayyid Hussein Jamdil Kubro ke arah barat.
 

         Riwayat tradisional Kelantan menyebut bahawa sebelum sempat mendarat di Semenanjung Tanah Melayu, rombongan Sayyid Hussein Jamadil Kubro telah menghadapi ujian yang besar dari Allah SWT yang mana kapal yang mereka naiki hampir karam di lautan. Dalam keadaan yang getir itu Sayyid Hussein telah memanjatkan doa kepada Allah SWT supaya diselamatkan dan berikrar  akan mendirikan sebuah masjid jika terselamat dari bencana karam itu.

       Sekonyong-konyong datang bantuan dari Allah SWT dalam bentuk  sekawan ikan kekacang yang berpusu-pusu berenang ke bahagian kapal yang mengalami kebocoran lalu menyumbat diri masing-masing pada tempat yang terdapat lubang-lubang air di kapal itu. Dalam masa yang sama, sekawan ikan kekacang yang lain telah menolak kapal itu sehingga selamat mendarat di Kampung Laut di Tumpat, Kelantan. Atas bantuan Allah yang menyelamatkan rombongan Sayyid Hussein dari musibah kapal karam, mereka terus bersujud dan bersolat sunnat dua rakaat sejurus mendarat.
 

       Belum pulih dari kejutan peristiwa yang hampir meragut nyawa rombongan Sayyid Hussein, tiba-tiba mereka dikejutkan sekali lagi dengan satu lagi pertolongan dari Allah SWT apabila muncul seekor tupai putih di hadapan Sayyid Hussein, lalu  berlari pantas ke arah serumpun pohon buluh betong tidak berapa jauh dari situ. Tupai putih itu terus memakan umbut pokok buluh betong itu sehingga kenyang sebelum beredar puas.

          Seperti kata pepatah orang tua-tua, 'pucuk dicita, ulam mendatang', kebetulan Sayyid Hussein dan saudaranya semua sedang kelaparan dan dahaga  yang bersangatan selepas mengalami ujian getir sebelumnya, maka berkeinginanlah mereka untuk mencuba apa yang dimakan oleh tupai putih itu.

          Ekoran dari peristiwa ikan kekacang dan rebung buluh betong itu, kononnya Sayyid Hussein Jamadil Kubro telah bersumpah dan mewasiatkan  anak-cucunya supaya jangan makan ikan kekacang dan rebung buluh betong bagi mengingati dan memuliakan peristiwa karamah dari Allah SWT tersebut. Sesiapa dari zuriatnya yang melanggar pantang-larang itu, biasanya akan terkena alahan, gatal-gatal atau hilang ingatan.
 

          Susulan daripada peristiwa 'Karam Di Laut' itu, maka sebagai memenuhi ikrarnya, Sayyid Hussein dan saudaranya telah mendirikan Masjid Kampung Laut
 [15]yang pertama; yang kemudiannya dipindahkan oleh kerajaan ke Nilam Puri, Kota Bharu sehingga sekarang ini.

          Sempurna pembinaan Masjid Kampung Laut, rombongan Sayyid Hussein  terus belayar mudik ke hulu sungai sehingga sampai ke sebuah bukit yang dipanggil 'Bukit Panau'[16]. Mereka mendaki bukit tersebut sehinggalah sampai ke puncaknya waktu hampir Maghrib, lalu memulakan ritual amal ibadat dan bersuluk sehinggalah pada waktu hampir dinihari. Sekonyong-konyong bumi bergegar, angin bertiup kencang seolah-olah memberi petanda sesuatu yang luarbiasa bakal terjadi lagi.

          Dan benarlah tekaan rombongan Sayyid Hussein kerana dengan tiba-tiba malam yang gelap-gelita dan hitam pekat menjadi bercahaya kilau-kemilau. Hal ini mencetuskan kegemparan masyarakat sekitar Bukit Panau, lalu mereka beramai-ramai bergegas mendaki bukit tersebut untuk melihat apa yang berlaku. Belum pulih kejutan penduduk tempatan yang beragama Hindu-Buddha pada siang tadi kerana turut menyaksikan peristiwa luarbiasa yang dialami oleh rombongan Sayyid Hussein Jamadil Kubro  (kisah ikan kekacang dan tupai putih), kali ini digemparkan pula dengan kejadian aneh  di Bukit Panau yang tiba-tiba bersinar dengan cahaya kilau-kemilau yang begemerlapan. 
 

          Dalam keadaan aneh, pelik dan bingung, masyarakat tempatan menjadi lebih tergamam apabila sejurus sampai di puncak Bukit Panau, berlaku satu dentuman yang amat kuat seolah-olah 'petir' yang cahayanya  putih berkilau dan memancar terus dari rombongan Sayyid Hussein Jamadil Kubro menuju ke langit dan membentuk suatu imej yang menyerupai tudung saji yang digunakan oleh masyarakat Melayu. Secara spontan terpacul keluar perkataan 'kilat...kilatan' daripada penduduk tempatan sehingga riwayat menyebut dari situlah bermula asal nama Kelantan sampai sekarang ini.

          Selepas itu rombongan mubaligh tersebut meneruskan perjalanan sehingga sampailah  ke Kota Jiddah, tempat persemayaman Raja Bharubhasa. Kedatangan mereka disambut penuh mesra dan beradat, apatah lagi mereka bukan calang-calang orang, tetapi merupakan waris bangsawan dari Kesultanan Delhi dan pernah menjadi tamu istimewa pula kepada Kesultanan Samudera-Pasai tidak berapa lama sebelumnya.

        Justeru hanya beberapa bulan selepas ketibaan rombongan Sayyid Hussein Jamadil Kubro, langsung dinikahkannya dengan kaum keluarga Raja Bharubhasa. Isterinya yang pertama adalah adik perempuan Raja Bharubhasa sendiri yang bernama Puteri Linang Cahaya[17]. Dari perkahwinan ini beliau dikurniakan seorang putera yang bernama
 Sayyid Barakat Zainal Alam[18] dan seorang puteri yang bernama Siti Aisyah[19]. 

          Pada kira-kira tahun 1355 Masihi Sayyid Hussein berkahwin pula dengan  puteri Raja Champa (Sultan Zainol Abidin) yang bernama Puteri Ramawati. Daripada perkahwinan ini maka lahirlah Sayyid
 Ibrahim Asmoro@Sunnan Nggesik[20] yang tersenarai  dalam kumpulan Wali Songo. 

          Sewaktu umurnya hampir 80 tahun Sayyid Hussein sekali lagi dipertemukan jodoh, kali ini dengan Puteri Selindong Bulan iaitu cucu saudara kepada isterinya yang pertama iaitu Puteri Linang Cahaya. Puteri Selindung Bulan adalah puteri  kepada Sultan Baki Syah ibni Raja Bharubhasa[21]. Kemudian Sayyid Hussein telah menukar nama Puteri Selindong Bulan kepada Puteri Syahirah. Daripada perkahwinan ini maka dalam tahun 1366 Masihi lahirlah
Sayyid Ali Nurul Alam yang kemudiannya nanti menjadi Perdana Menteri Majapahit II di Kelantan bergelar Patih Aria Gajah[22] yang dikaitkan dengan beberapa peristiwa dengan Laksamana Hang Tuah. (Di Patani, Ali Nurul Alam terkenal dengan nama Sultan Qunbul setelah dilantik menjadi sultan di Patani Darussalam).

          Pada awal abad ke 15 Masihi Sayyid Jamaluddin atau Sayyid Hussein Jamadil Kubra telah menghantar anaknya Ibrahim Asmoro itu ke Tanah Jawa dangan disertai oleh anak Ibrahim, Maulana Rahmatullah (Sunan Ampel) dan Maulana Ishaq. Sunan Ampel bertanggungjawab merencanakan pembangunan kerajaan Islam pertama di Jawa, iaitu di Bintoro, Demak dan seterusnya telah memilih salah seorang anak muridnya, Raden Patah sebagai sultan pertama di kerajaan tersebut dengan gelaran Sultan Alam Akbar Al-Fattah. Dari zuriat Sunan Ampellah lahirnya tiga lagi dari kumpulan Wali Songo, iaitu Maulana Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang), Syarifuddin Hasyim (Sunan Drajat), dan seorang puteri yang kemudiannya berkahwin dengan Raden Mas Syahid (Sunan Kalijaga), seorang wali dari suku Jawa asli yang juga tersenarai  sebagai salah seorang dari kumpulan Wali Songo.

            Salah seorang putera Maulana Ishaq yang bernama Raden Paku (Sunan Giri) telah membangunkan Giri sebagai gerakan mujahid yang terkemuka dengan menyediakan para mubaligh yang bekerja keras menyatukan kerajaan Pulau Madura, Bawean, Kangean, Ternate dan Maluku di bawah panji-panji Islam.

          Maulana Ishaq juga mempunyai seorang puteri bernama Syarifah Siti Maimunah (Siti Rubiah) yang kelak berkahwin dengan Sultanul Ariffin Syeikh Ismail (Pulau Besar, Melaka), sementara puterinya yang seorang lagi iaitu Syarifah Siti Sarah (Syarifah Siti Rodziah) pula berkahwin dengan saudara Syeikh Ismail yang bernama Sayyid Ibrahim[23].

          Dari zuriat putera Sayyid Jamaluddin yang bernama Sayyid Ali Nurul Alam pula, lahirlah tiga putera yang sekali lagi menyumbangkan mubaligh-mubaligh mengikut teladan bapa saudara dan sepupu-sepupu mereka. Ketiga putera ini ialah Wan Hussein, Wan Abu Abdullah Umdatuddin@Wan Bo Tri-Tri dan Wan Alimuddin@Wan Demali[24].

  
     Dari sinilah Ali Nurul Alam telah mempeloporkan gelaran Wan pada anak cucu keturunannya. Gelaran Nik dan Long juga adalah diasalkan dari anak cucu putera Nurul Alam dari zuriat Wan Abu Abdullah yang merupakan pengasas Kerajaan Champa dari dinasti ahlul-bait. Beliau juga menjadi moyang bagi keturunan yang mewarisi kerajaan Patani dan Kelantan. Seorang lagi tokoh yang juga tersenarai dalam kumpulan Wali Songo di Tanah Jawa, ialah Syarif Hidayatullah, tetapi lebih terkenal dengan gelaran Sunan Gunung Jati. Beliau merupakan putera Wan Abu Abdullah  dan  mengasas kesultanan Banten dan Cirebon.

          Putera Ali Nurul Alam yang bernama Wan Hussein pula bertanggungjawab mengasaskan  sistem pondok di Patani . Dua orang puteranya, Wan Abu Yusuff (Chai-Ya-Ma-Fou-yan) dan Wan Abd Kadir (Kou Lai) telah berpeluang mewarisi kerajaan Champa dari bapa saudara mereka Wan Bo Tri-Tri. Wan Demali pula dihantar berdakwah ke kawasan Johor Riau (Pulau Bintang).
 

          Dari  sini dapatlah disimpulkan bahawa ketiga-tiga putera Ali Nurul Alam ini telah menyumbangkan ramai para mubaligh  dan raja-raja yang memerintah di beberapa wilayah Nusantara sebagaimana yang dipelopori dan dibuat oleh  kebanyakan kerabat mereka  yang lainnya dari keturunan Sayyid Jamaluddin Al-Hussein. Sesungguhnya Allah SWT telah memberi kemulian kepada cabang ahlul-bait dari titisan zuriat Sayyid Jamaluddin yang telah memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di  beberapa bahagian Nusantara khususnya di Indonesia dan Tanah Melayu.

          Sayyid Alwi Thahir al-Haddad dalam bukunya
 Kitab Kuning, Pesantren (al-Haddad 1403:8-11) ada mencatatkan seperti berikut:

         
  “ Putera Syah Ahmad, Jamaluddin dan saudara- saudaranya konon telah mengembara ke Asia Tenggara….. Jamaluddin sendiri pertamanya menjejakkan kakinya ke Aceh (Pasai) dan Kamboja, Pattani kemudian belayar ke Semarang dan menghabiskan waktu bertahun-tahun di Jawa, hingga akhirnya melanjutkan pengembaraannya ke Pulau Bugis, di mana dia meninggal.”  

          Sayyid Hussein Jamadil Kubro, seorang pendakwah gigih, wali besar dan induk kepada ramai alim-ulama Nusantara ditakdirkan menghadap Illahi di daerah Wajok, Sulawesi Selatan. Tahun kedatangannya ke Sulawesi adalah 1452M dan tahun wafatnya 1453M. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh tokoh Islam yang besar ini. Ameen ya Rabbal 'alameen.


[1]Nama lainnya ialah Sayyid Akbar dan Sayyid Jamaluddin Al-Akbar. Di Patani digelar juga dengan 'Abar' atau 'Ibar' yang bermaksud 'terlebih mempunyai kebajikan' atau 'terlebih banyak kebajikan'.

[2]Pendapat lain menyebut adik beradiknya seramai 11 atau 13  orang. Penulis mencatatkan 14 nama di atas  hasil kajian daripada beberapa sumber.

[3]Syeikh Thanauddin terkenal sebagai tok guru kepada hulubalang Melaka yang hebat dan  tersohor, iaitu Dato' Laksamana Hang Tuah. Beliau mempunyai beberapa gelar lain seperti Sayyid Muhammad Saman, Dato' Adi Putra dan Panglima Hitam.Beliau disebut sebagai ulama pertama yang sampai di Pulau Besar, Melaka, sebelum kedatangan rombongan Sultanul Ariffin Syeikh Ismail yang merupakan cicit kepada Sultanul Awliya’ Syeikh Abdul Qadir Jilani dari titisan Sayyidina Hassan RA.

[4]Sultan Sulaiman pernah mendirikan sebuah kerajaan di Siam (Thailand), dikenali dengan gelaran al-Baghdadi, kemungkinan kerana pernah tinggal lama di Baghdad. Rujuk KH Ali bin Abdri Azmatkhan, KH Fathul Azhim Khatib Azmatkhan dll, manuskrip IKHAZI, ‘
Dari Sebuah Keluarga Untuk Umat (Latar Belakang Pendirian Ikatan Keluarga Azmatkhan al-Husaini Indonesia)

[5]Riwayat lain mencatatkan kedatangan Sayyid Hussein dengan 6 orang adik beradiknya, menjadikan jumlah mereka 7 orang kesemuanya. Maka di Kelantan dan Patani mereka terkenal dengan gelaran 'Wali Tujuh'. dan Sayyid Hussein berperanan sebagai ketua  bagi Wali Tujuh ini

[6]Ustadz Dr Hilmy Bakar al-Mascaty,makalah 
 Kerajaan Jeumpa Aceh; Kerajaan Islam Terawal di Aceh, Aceh Institute Organization (internet).

[7]Pakar sejarah Aceh iaitu Sayyid Dahlan bin Abdurahman al-Habsyi telah mempeloporkan suatu teori alternatif kepada salasilah Raja-raja Samudera-Pasai yang menurutnya adalah sebenarnya berasal dari titisan ahlul-bait Rasulullah SAW kerana moyang kepada Raja-raja ini dari Kerajaan Perlak (dari dinasti Johan Berdaulat) yang bernama Syarianshah Salman Farisi dikatakan bernasab kepada Sayyidina Hussein bin Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW. 
 

[8]“Ibnu Batutah juga mencatatkan beberapa pembesar Kesultanan Samudera-Pasai yang merupakan ulama atas angin, iaitu  Amir Daulasa dari Delhi, Qadi Amir Said dari Shiraz dan ahli hukum Tajuddin dari Isfahan.
 

[9]Ibid

[10]Prof Dr. Hamka,
 Sejarah Umat Islam, 1997, hlm 705-707 

[11]Seorang lagi adindanya yang bernama Puteri Linang Cahaya bakal berkahwin dengan Sayyid Hussein Jamdil Kubro. Hj Abdul Halim Bashah,
 Raja Campa & Dinasti Jembal  dalam Patani Besar (Patani, Kelantan, Terengganu), Pustaka Reka, 1994, hlm 34-37

[12]Suatu gagasan yang diilhamkan oleh kaum kerabat Raja Bharubhasa yang bernama Kartanegara (Kerajaan Singhasari 1268-1292M, mertua kepada pendiri empayar Majapahit Raden Wijaya), iaitu untuk  meluaskan politik di seluruh Nusantara melalui persekutuan negeri-negeri serumpun dalam menghadapi ancaman dari musuh2 luar seperti tentera Mongol (Kublai Khan), Sukothai (Siam) dan Die Viet (Vietnam).

[13]Hj Abdul Halim Bashah, op.cit, hlm 35

[14]‘Kota Jiddah terletak tiga batu dari Bukit Panau, kota tersebut telah terbenam ke dalam bumi dan ditenggelami air, kini dikenali sebagai Danau Tok Uban (jajahan Pasir Mas), Kelantan. Kota Jiddah yang bermaksud 'Permata” menjadi ibukota baru bagi empayar Cermin selepas berpindah dari Kota Mahligai di Langkasuka (Patani) berikutan serangan Siam dari kerajaan Sukhotai.
 

[15]Melalui firasat Saiyid Thanauddin (Sang Adi Putra) yang menjadi guru kepada cucu saudaranya Sunan Bonang dan Sunan Giri (serta Laksamana Hang Tuah), kononnya Masjid Kampung Laut ada hubungan dengan kebangkitan Islam di Nusantara pada suatu masa nanti.
 

[16]Pada zaman dahulu kala, Bukit Panau merupakan aras tanda bagi kapal-kapal antarabangsa kerana bentuknya yang unik seperti piramid itu dapat dilihat dari laut ketika berada di perairan Laut China Selatan. Waktu itu Bukit Panau diakses melalui Sungai Kelantan yang berada di sebelahnya. Kapal-kapal mudah sahaja melalui Sungai Kelantan yang luas itu.

[17]Selain Puteri Linang Cahaya, Raja Bharubhasa mempunyai 3 lagi saudara perempuan, iaitu Puteri Chandana yang berkahwin dengan Sultan Malikuz-Zahir ibni Sultan Malikussaleh,  dari Kesultanan Samudera-Pasai,  Che Siti Wan Kembang yang memerintah Tanah Sri Indah Sekebun Bunga (selatan Kelantan) dan Raja Devi Durga yang memerintah Lamuri di Aceh. 
 

[18]Abdul Halim Bashah, keratan akhbar,
 Menyingkap lembaran sejarah Kelantan -Pusat Perkembangan Dakwah Nusantara, Harakah, 16 April, 1993M. Rujuk juga manuskrip IKHAZI,  Tim Penyusun, ‘Dari Sebuah Keluarga Untuk Umat (Latar Belakang Pendirian Ikatan Keluarga Azmatkhan al-Husaini Indonesia), Laman Web www.azmatkhanalhusaini.com

[19]Puteri inilah yang kemudian nanti bakal berkahwin dengan Sheikh Khalikul Idrus dan melahirkan Radin Muhamad Yunus. Raden Muhammad Yunus berputerakan Pati Unus, Sultan Demak Kedua (1518-1521M). Ia adalah menantu Raden Patah,  pendiri Kesultanan Demak. Pada tahun 1521 Masihi, Pati Unus memimpin penyerbuan ke Melaka melawan pendudukan Portugis. Pati Unus syahid dalam pertempuran ini dan dimakamkan di Pulau Besar.Pati Unus dikenal juga dengan julukan Pangeran Sebrang Lor kerana pernah menyeberangi Laut Jawa menuju Melaka untuk melawan Portugis.

[20]Beliau mempunyai banyak nama lain seperti Ibrahim Asmarakandhi, Ibrahim al-Akbar, Ibrahim al-Hakim, Ibrahim al-Hadrami al-Fatani, Ibrahim al-Ghazi, Sayyid Ibrahim Zainul Akbar, Sunan Ngessik, Zainuddin Al-Akbar Ibrahim, Karimul Makhdum dan Syarif Aulia. Syeikh Ibrahim Asmoro mempunyai banyak nama kerana giat berdakwah di seluruh pelosok Nusantara termasuk di Champa, Patani, Tanah Jawa dan Selatan Filipina (Sulu dan Mindanao).

[21]Dalam tahun 1467 Masihi, kerajaan Siam telah berjaya menawan Empayar Chermin menyebabkan Sultan Baki Syah dan kaum keluarganya terpaksa berhijrah ke Champa yang merupakan kerajaan bersaudaranya.

[22]Bezakan Patih Aria Gajah Mada Majapahit-Kelantan ini dengan Patih Gajah Mada di Majapahit-Jawa. Kedua-dua Gajah Madah ini adalah orang yang berbeza dalam zaman yang berbeza di tempat yang berbeza. Patih Gajah Mada Majapahit-Jawa (meninggal sekitar tahun 1364M) adalah seorang panglima perang dan tokoh yang sangat berpengaruh pada zaman empayar Majapahit yang berpusat di Jawa serta membantu mengantarkan Majapahit ke puncak kejayaan, khusus dalam masa pemerintahan raja Majapahit yang bergelar Prabu Hayam Wuruk (1350-1389M). Pada  hari ini kerajaan republik Indonesia telah menetapkan Gajah Mada sebagai salah satu Pahlawan Nasional dan merupakan simbol nasionalisme serta persatuan Nusantara. Sedangkan Patih Aria Gajah Mada adalah nama gelar bagi Sayyid Ali Nurul Alam (lahir 1366M)  yang berpusat di Patani. Beliau pernah berhijrah ke Champa untuk berdakwah di sana dan kemudian kembali ke Patani. Pernah menjadi Perdana Menteri bagi kerajaan Majapahit-Kelantan bergelar Sultan Qunbul.
 

[23]Menurut waris Sultanul Arifiin Syeikh Ismail (Pulau Besar, Melaka) yang bernama Pak Syeikh Mohamad Din, Maulana Ishaq adalah mertua Syeikh Ismail. Beliau mempunyai dua isteri iaitu Puteri Sekardadu (yang melahirkan 4 orang anak termasuk Sunan Giri) dan Puteri Cempaka Biru Siti Fatimah yang melahirkan 7 orang anak termasuk Syarifah Maimunah dan Syarifah Siti Sarah.
 

[24]Hj Abdul Halim Bashah (Abhar),
 Raja Champa & Dinasti Jembal dalam Patani Besar, hlm 70




Dipetik dari buku 'Ahlul-Bait (keluarga) Rasulullah SAW & Ulama-Umara di Alam Melayu', untuk maklumat lanjut, lihat pada bahagian Laman Utama>Karya Penulis