Monday, April 18, 2011

Qunut Dalam Solat Subuh.


Doa Qunut dalam solat subuh menjadi bahan perselisihan pendapat di antara fuqaha.Di antara mereka ada yang berpendapat sunnah dan ada yang tidak menganggap demikian.Telah diriwayatkan bahawa Nabi S.A.W membaca doa qunut di waktu solat Subuh,tetapi hadith-hadith itu menjelaskan bahawa Nabi S.A.W membaca qunut ,beliau mendoakan kebinasaan kaum musyrikin kerana menggangu kaum muslimin dan beliau mendoakan untuk kaum mukminin yang tertindas.
Ini adalah qunut yang bersifat sementara dengan sebab-sebabnya,dan para fuqaha menamakan dengan "Qunut Nazilah",yakni ketika kaum muslimin mengalami bencana,maka disunnahkan mereka berdoa dalam solat jahriah.
Di dalm solat itu mereka memohon kepada Allah Azza waJalla agar menyingkirkan bencana dan melenyapkan kesusahan itu dari mereka,sebagaimana dilakukan Nabi S.A.W.
Sebagai ulama,misalnya para ulama Syafi'iah berpendapat bahawa qunut dalam solat Subuh adalah sunnah untuk seterusnya.Bagaimanpun hal-hal ini termasuk perkara yang boleh dilakukan dan bila ditinggalkan tidak mengapa.
Telah diriwayatkan bahawa ketika AsSyafie pergi ke Baghdad,dia tidak membaca qunut di dalam solat Subuh,demi menghormati perasaan imam Baghdad,imam Abu Hanifah.Ini menunjukkan bahawa terdapat pilihan (fleksibel)dan termasuk rukhsah sehingga tidak diperselisihkan mengenai perkara itu.

No comments:

Post a Comment