Dalam ajaran Islam, Imam Mahdi (b. Arab: المهدي al-Mahdī) ialah
seorang Muslim berusia muda yang akan dipilih oleh Allah S.W.T. untuk
menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan keadilan di muka bumi sebelum
datangnya hari kiamat.
Hal ini diterangkan sangat jelas
dalam sebuah hadis nabi yang di riwayatkan oleh Thabrani.
Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
“Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan
apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan
mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku,
dan nama bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan
memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah
dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit
tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan
menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu
selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (HR. Thabrani)
Hadis lain yang menerangkan tentang
kedatangan Imam Mahdi adalah sbb:
Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang
akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak
akan menghitung-hitungnya.” (HR. Muslim dan Ahmad)
Kefahaman terhadap Imam Mahdi dalam
Islam berbeza mengikut aliran Ahli Sunah Waljamaah dan Syiah.
Nama Imam Mahdi
Imam Mahdi sebenarnya adalah sebuah
“nama gelaran” sebagaimana halnya dengan gelar khalifah, amirul mukminin dan
sebagainya.
Imam Mahdi dapat diertikan secara bebas bermakna “Pemimpin yang telah diberi petunjuk” Dalam bahasa Arab kata Imam = pemimpin, ataupun Mahdi = orang yang mendapat petunjuk
Imam Mahdi dapat diertikan secara bebas bermakna “Pemimpin yang telah diberi petunjuk” Dalam bahasa Arab kata Imam = pemimpin, ataupun Mahdi = orang yang mendapat petunjuk
Nama Imam Mahdi sebenarnya seperti
yang disebutkan dalam hadis di atas, ia bernama Muhammad (seperti nama Nabi
Muhammad S.A.W, nama bapanya pun sama seperti nama bapa RASULULLAH S.A.W, iaitu
Abdullah. Nama Imam Mahdi sama dengan RASULULLAH S.A.W. iaitu Muhammad bin
Abdullah.
Ciri-ciri Imam Mahdi
Tidak ada seorang pun di muka bumi
ini yang mengetahui tentang Imam Mahdi dan ciri-cirinya, kecuali Rasulullah
s.a.w. kerana Rasulullah dibimbing oleh wahyu. Oleh sebab itu bagi kita
sebaik-baiknya tempat untuk merujuk tentang perkara ini adalah apa yang baginda
Rasulullah katakan dalam hadis-hadisnya sbb:
Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
“Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung.
Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi
ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umur
kekhalifahan) berumur tujuh tahun.” (HR. Abu Dawud dan al-Hakim)
Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
“Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku.” (HR. Abu Dawud,
Ibnu Majah, dan al-Hakim)
Kemunculan Imam Mahdi
Kemunculan Imam Mahdi bukan kerana
kemahuan Imam Mahdi itu sendiri melainkan kerana takdir Allah yang pasti
berlaku. Bahkan Imam Mahdi sendiri tidak menyedari bahawa dirinya adalah Imam
Mahdi melainkan setelah Allah s.w.t. meng islahkannya dalam suatu malam,
seperti yang dikatakan dalam sebuah hadis berikut :
Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
“Al-Mahdi berasal dari umatku, yang akan diislahkan oleh Allah dalam satu
malam.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah).
Kemunculan Imam Mahdi akan di dahului
oleh beberapa tanda-tanda sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis
berikut :
Aisyah Ummul Mukminin RA telah
berkata, “Pada suatu hari tubuh Rasulullah s.a.w. bergetar dalam tidurnya. Lalu
kami bertanya, ‘Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau
lakukan wahai Rasulullah?’ Rasulullah s.a.w. menjawab, ‘Akan terjadi suatu
keanehan, iaitu bahwa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menuju
baitullah (Kaabah) untuk memburu seorang laki-laki Quraisy yang pergi mengungsi
ke Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai ke padang pasir,
maka mereka ditelan bumi.’ Kemudian kami bertanya, ‘Bukankah di jalan padang
pasir itu terdapat bermacam-macam orang?’ Beliau menjawab, ‘Benar, di antara
mereka yang ditelan bumi tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, dan
ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada
dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat
yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeda-beda.
Kemudian Allah s.w.t. akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit, menurut
niat mereka masing-masing.’” (HR. Bukhary, Muslim)
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Seorang laki-laki akan datang ke Baitullah (Kaabah), maka diutuslah suatu utusan (oleh penguasa) untuk mengejarnya. Dan ketika mereka telah sampai di suatu gurun pasir, maka mereka terbenam ditelan bumi.” (HR. Muslim)
Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
“Suatu kaum yang mempunyai jumlah dan kekuatan yang tidak berarti akan kembali
ke Baitullah. Lalu diutuslah (oleh penguasa) sekelompok tentara untuk mengejar
mereka, sehingga apabila mereka telah sampai pada suatu padang pasir, maka
mereka ditelan bumi.” (HR. Muslim)
Telah bersabda Rasullah s.a.w,
“Sungguh, Baitullah ini akan diserang oleh suatu pasukan, sehingga apabila
pasukan tersebut telah sampai pada sebuah padang pasir, maka bagian tengah
pasukan itu ditelan bumi. Maka berteriaklah pasukan bagian depan kepada pasukan
bagian belakang, dimana kemudian semua mereka ditenggelamkan bumi dan tidak ada
yang tersisa, kecuali seseorang yang selamat, yang akan mengabarkan tentang
kejadian yang menimpa mereka.” (HR. Muslim, Ahmad, Nasai, dan Ibnu Majah)
Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
“Akan dibaiat seorang laki-laki antara maqam Ibrahim dengan sudut Kaabah.” (HR.
Ahmad, Abu Dawud)
Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
“Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah negeri Syam ke Baitullah
(Kaabah) untuk mengejar seorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka.”
(HR. Ahmad)
Kepemimpinan Imam Mahdi
Dalam hadis yang disebutkan di atas
Imam Mahdi akan memimpin selama 7 atau 8 atau 9 tahun. Semasa kepemimpinannya
Imam Mahdi akan membawa kaum muslimin untuk memerangi kezaliman, hinga satu
demi satu kedzaliman akan tumbang takluk dibawah kekuasaanya.
Kemenangan demi kemenangan yang
diraih Imam Mahdi dan pasukannya akan membuat murka raja kezaliman (Dajjal)
sehingga membuat Dajjal keluar dari persembunyiannya dan berusaha membunuh Imam
Mahdi serta pengikutnya.
Kekuasaan dan kehebatan Dajjal
bukanlah lawan tanding Imam Mahdi oleh karena itu sesuai dengan takdir Allah,
maka Allah swt akan menurunkan Nabi Isa dari langit yang bertugas membunuh
Dajjal.
No comments:
Post a Comment