Wednesday, January 20, 2016

Himpunan Doa Majlis Rasmi

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (1)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَوَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Karim , Ya
Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami .
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu-Mu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hamba-Mu yang engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.
Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (2)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَوَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah Ya tuhan kami, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya pada-Mu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkat-Mu.
Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dan taufik-Mu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan para guru-guru kami yang kami kasihi.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon dengan kudrat dan Iradat-Mu. Berikanlah kekuatan dan ketabahan menghadapi perjuangan kami menimba dan mencari ilmu pengetahuan, anugerahkanlah kejayaan dan kecemerlangan kepada kami dalam semua ujian dan pencapaian.
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, guru-guru kami, pemimpin-pemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan masyarakat, bangsa dan agama.
Ya Allah ya tuhan kami! Jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA

MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (1)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Allahumma Ya Rafi’a al Darajaat, Wa Ya Qadhiaal Hajat,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami akan menduduki peperiksaan yang menentukan kejayaan dalam medan perjuangan kami. Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan iradatmu jua.
Justeru… kami pohon padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah engkau lupakannya. Lapangkanlah dada kami dan janganlah engkau sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah engkau persulitkan..
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,
Hanya padaMu kami mohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan taat kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan negara.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA

MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (2)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَوَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya
Ya Allah , Ya Hakim Ya Halim,
Kami pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka kembalikanlah semula kepada kami jika kami memerlukannya dan janganlah Engkau buat kami melupainya
Ya Allah Ya Ghaffar ,
Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat Islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami.
Ya Allah ,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,
Semoga Engkau terima keuzuran kami,
Engkau mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunan-Mu Ya Ghaffar,

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَِفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ
DOA SEMPENA MESYUARAT

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Allahumma Ya Hakim Ya Azim,
Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, kommitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun ,membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
Justeru… berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yan jelas dan keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahimi dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.
Allahumma Ya ‘AliimWa Ya Khabiir,
Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA MESYUARAT PIBG

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya Karim ,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah.
Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami.
Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah memajukan lagi sekolah ini , demi kebaikan anak-anak kami .
Ya Allah , Ya Munzilal Barakat ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia bahkan di akhirat.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami , jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa penjaga pelajar di sekolah ini.
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,
Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan berkatilah ilmu yamg kau kurniakan itu. Hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA HARI GURU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru (Tahun ..) peringkat Sekolah (nama sekolah) pada pagi yang berbahagia ini dengan tema :
 (rujuk tema semasa)
Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima Yurid ,
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaanMu.
Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,
Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayangkepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .
Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar ,
Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah kurniakanlah kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan negara tercinta .
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya Karim Ya Wadud
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam
Majlis Anugerah Kecemerlangan...SMK..
Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid
Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .
Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai sama ada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.
Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,
Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi diri dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi katalis dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA MAJLIS SOLAT HAJAT

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada ketika ini kami berkumpul kerana-Mu
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Sesungguhnya ketentuan dan takdir-Mu itu telah mengalahkan kami, dan ikatan nafsu syahwat telah menawan diri kami, maka jadilah Engkau ya Allah penolong kami, sehingga menolong kami melawan hawa nafsu kami, dan menolong sahabat kami terhadap musuh-musuh mereka , dan kayakanlah kami dengan kurnia-Mu sehingga kami merasa puas dan kaya dengan Engkau daripada meminta-minta daripada selain Engkau .
Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) anak-anak remaja Islam akan menjadi remaja yang cemerlang, terbilang , remaja yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun keperibadian.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,
Semoga Engkau terima keuzuran kami,
Engkau mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunan-Mu Ya Ghaffar,
Ya Allah Antalghaniyyu wa nahnulfuqara’
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan dan kesejahteraan.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA HARI SUKAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Kami berhimpun pada pagi ini kerana-Mu untuk mengisi seluruh ruang hidup kami dengan ibadah kepada-Mu sesuai dengan firman-Mu yang mulia :
قُلْ إِنَّ صَلاَتِيْ ونسكي ومحياي ومماتي ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ .
Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku , dan matiku semata-mata hanya untuk-Mu Allah.
Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar ,
Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan kami .
Ya Allah , Ya Hayyu Ya Qayyum ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan.
Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang gemilang dalam aspek akademik mahupun kokurikulum serta berjaya di dunia mahupun di akhirat .
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA HARI KARNIVAL / KANTIN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah , Tuhan Penguasa Alam ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Karnival Sekolah (Nama Sekolah) pada hari ini .
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Kami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim,bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan dana kewangan sekolah kami .
Ya Allah , Ya Qahhar Ya Jabbar ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang, terbilang , pelajar yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan ,
Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan .
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,
Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan
Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan .
Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA PERKHEMAHAN / AKTIVITI LUAR

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri perkhemahan pada kali ini .
Ya Allah , Ya Qahhar Ya Jabbar ,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul bagi menghubungkan silaturrahim , bertukar-tukar pendapat di samping menyumbang buah fikiran dalam membentuk generasi yang berguna pada masa hadapan . Berkatilah usaha ini Ya Allah.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Engkau perbaikilah akhlak kami dan akhlak anak-anak didik kami , Engkau hiasi kami dengan akhlak-akhlak yang baik dan terpuji juga hindarilah kami dari sifat-sifat keji . Hindarilah kami dari sifat lalai yang merugikan dan bimbinglah kami ke jalan kebenaran .
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,
Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan ,
Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan .
Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi ,
Kurniakanlah kepada kami kekuatan fizikal , mental dan rohani agar kami dapat menempuh ujian yang mendatang daripada-Mu Ya Allah .
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati samada dalam bidang akademik mahupun keperibadian .
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA MINGGU ORIENTASI PELAJAR BARU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah ,Ya Ra'ufurrahim ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Program Orientasi pelajar-pelajar (NyatakanTingkatan) sesi (Tahun Semasa) pada hari ini .
Ya Allah , Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Ya Allah , Tuhan Yang Maha Mengetahui ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang, terbilang , pelajar yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Mudah-mudahan maklumat yang diberikan mengenai dapat memandu kami kearah kecemerlangan diri yang lebih gemilangan . Dan jadikanlah kami pelajar-pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasaberusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi pelajaran kami. Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah merupakan fardhu ain yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah . Janganlah Engkau jadikan kami pelajar yang hanya berpuas hati dengan apa yang kami perolehi dalam peperiksaan yang lalu .
Ya Munzilal Barakah wa Ya Kasyifalghummah ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA PELANTIKAN PENGAWAS

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Perasmian Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber bagi tahun 2004 pada hari ini.
Ya Allah , Ya Hafiizu , Ya Syaafi ,
Jadikanlah Badan Pengawas Sekolah ini sebagai wahana untuk membentuk perpaduan nasional , bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan kelancaran pengurusan sekolah kami .
Ya Allah , Ya Faliqul Habbi wan nawa ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , barisan pengawas kami akan menjadi pengawas yang bertanggungjawab , mempunyai keyakinan diri yang tinggi , ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan bakti kepada sekolah yang tercinta ini . Sekaligus menjadi pegawas yang cemerlang, terbilang , pengawas yang disegani dan dihormati, sama ada dalam aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi seterusnya mampu melahirkan barisan pegawas yang berketrampilan dan berwibawa .
Ya ‘Azizi Ya Latif , Ya Kaafi ,
Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan ketinggian akhlak dan peribadi.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA MAJLIS PENUTUP KURSUS/SEMINAR/BENGKEL

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta pebendaharaan antara kedua-duanya .
Ya Allah \kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami berkampung selama ( Nyatakan bilangan hari ) dalam (Nyatakan Nama Kursus) . Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri , emosi dan roh kami sehingga dapat menyelesaikan kursus ini dengan jayanya .
Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja ,
Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,
Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami , ibu bapa kami , keluarga dan anak-anak kami , guru-guru kami , anak-anak didik kami di sekolah , sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan .
Ya Allah , Qaadhial Hajat ,
Tika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa serta tangan penuh dengan pengharapan ,
Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa , maka ampunkanlah dosa-dosa kami ;
Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami dan Islam dalam amal jamai’e dan kolektif ;
Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya , maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi ;
Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami , maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami sebagaimana Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda berbuat demikian;
Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai , maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar .
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA MEMULAKAN KERJA SETIAP PAGI
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakah …
Kami rafa’kan kesyukuran penuh pengharapan kerana pada hari ini kami masih diberi peluang untuk meneruskan pencarian rezeki yang melimpah ruah di atas muka bumi Mu yang luas ini. Segalanya adalah atas kurniaan rahmat dan inayah Mu jua. Maka dengan itu, kami pohonkan limpahan keberkatan atas rezeki yang kami peroleh dan jauhilah kami daripada mendapat rezeki yang tidak menepati syari’at MU.
Ya Allah! Pada saat dan detik ini juga, kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama yang erat, semangat permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pegawai di jabatan ini dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti pendidikan negara.
Ya Allah, Ya Mudabbiral amri …..
Kurniakanlah jua kepada kami anggota yang sihat lagi kuat, minda yang cerdas lagi terbuka, jiwa yang tenang lagi luhur, semangat yang kuat lagi mantap. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, sentiasa berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, agama, bangsa dan negara.
Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim dan semangat perpaduan di kalangan kami. Hindarkanlah diri kami daripada perasaan keji sesama sendiri, cemburu nista buruk sangka, iri hati meninggi diri, sifat alpa lagi pelupa, sifat malas lagi lemah, tidak berdaya lagi kurang bermaya dan segala sifat mazmumah yang pastinya menjatuhkan martabat kami seterusnya menggagalkan hasrat melahirkan generasi terbilang di negara kami..

DOA (AKHIR RAMADHAN)
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakah …..
Kami rafa’kan kesyukuran penuh pengharapan, kurniakanlah pertemuan kami ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan daripadanya seterusnya terhindar daripada segala bentuk kemungkaran yang tidak Engkau redhai.
Ya Allah! Kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama yang erat, semangat permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pegawai di jabatan ini dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti pendidikan di wilayah kami.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Ramadhan hampir meninggalkan kami. Di penghujung Ramadhan yang berlalu pergi ini, kami pohonkan ihsan Mu, kurniakanlah kepada kami keberkatan, kerahmatan dan keampunan yang seluas-luasnya dari Mu.
Ya Allah! Seandaikiranya takdir Mu menentukan Ramadhan ini Ramadhan terakhir buat kami, kami pasrah dan redha dengan ketentuan Mu. Namun terimalah puasa kami, ibadat kami dan seluruh kehidupan kami dalam Ramadhan ini sebagai yang terbaik di sisi Mu. Seandaikiranya takdir Mu menentukan kami bertemu dengan Ramadhan tahun hadapan, pastinya kami ingin menjadi mukmin yang paling bersyukur. Pertemukanlah kami dengan Ramadhan tahun hadapan. Moga-moga kami dapat menjadikan bulan yang penuh keberkatan ini sebagai bulan untuk mendidik akhlak dan peribadi kami dalam menjalani kehidupan seharian kami, dan bulan yang dapat menundukkan nafsu kami seterusnya meningkatkan ketakwaan kami kepada Mu. Dan semoga di Ramadhan akan datang nanti, kami dapat pertingkatkan amalan kami lebih baik daripada tahun ini.
Ya Allah! Ya Salam!
Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi. Pastinya kami gembira menemui sanak saudara kami di kampung halaman. Justeru itu, selamatkan dan sejahterakanlah sepanjang perjalanan pulang kami nanti. Hindarilah kami daripada sebarang musibah yang tidak kami ingini. Moga-moga pertemuan kami dengan keluarga tercinta akan mengukuh ukhhuwah dan mahabbah kami.

DOA SEMPENA SAMBUTAN AIDILFITRI 
Segala pujian hanya layak untuk Mu, kami panjatkan kesyukuran atas kurniaan nikmat Aidil Fitri dalam aman dan damai, penuh harmonis dan tenang, disambut dengan kemeriahan dan keceriaan. Kami warga jabatan ini amat bersyukur kepada Mu dengan penganjuran majlis sambutan sempena hari kebesaran Aidil Fitri pada hari ini. Wahai Tuhan yang Maha melimpah rahmat dan keberkatanNya, kami pohonkan agar majlis kami ini sentiasa diiringi lembayung rahmat dan berkat dari Mu, agar di sepanjang majlis ini berjalan kami senantiasa mengingati Mu dan mencari redha Mu.
Wahai Tuhan, kami harapkan jua dengan pertemuan ini agar dapat diperkukuhkan hubungan keakraban dan persaudaraan kami, dimantapkan semangat perpaduan dan mahibbah di kalangan kami.Untuk itu, satukanlah hati-hati kami dengan tautan kasih lagi mesra, saling percaya lagi memahami, agar terhindar perasaan keji sesama sendiri, irihati meninggi diri dan segala sifat yang memusnah kemesraan kami. Permudahkanlah bagi kami laluan ke arah mengekalkan keamanan dan kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan. Jadikanlah pertemuan di Aidil Fitri kami pada kali ini pertemuan yang penuh bermakna buat kami dan pertemuan yang disulami kesyukuran.

DOA PERHIMPUNAN PAGI (MENYAMBUT RAMADHAN)
Ya Allah! Ya Rahman! Ya Rahim!
Kami rafa’kan kesyukuran penuh pengharapan, kurniakanlah pertemuan kami ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan daripadanya seterusnya terhindar daripada segala bentuk kemungkaran yang tidak Engkau redhai.
Ya Allah! Kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami kesabaran dan ketabahan, kerjasama dan permuafakatan dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pegawai di jabatan ini dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti pendidikan di Wilayah kami dan di arena pendidikan perdana amnya.
Kurniakanlah jua kepada kami anggota yang sihat lagi kuat, minda yang cerdas lagi terbuka, jiwa yang tenang lagi luhur, semangat yang kuat lagi mantap. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, sentiasa berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, agama, bangsa dan negara. Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami dan anak-anak kami jasmani dan ruhani yang seimbang dipandu iman, emosi yang terkawal dipimpin takwa, ammarah yang tenang diperhati akal, amal yang istiqomah digenggam keikhlasan.
Ya Allah, Ya Mudabbiral amri …..
Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim dan semangat perpaduan di kalangan kami. Hindarkanlah diri kami daripada perasaan keji sesama sendiri, cemburu nista buruk sangka, iri hati meninggi diri, sifat malas lagi lemah, tidak berdaya lagi kurang bermaya dan segala sifat mazmumah yang pastinya menjatuhkan martabat kami seterusnya menggagalkan hasrat melahirkan generasi terbilang di negara kami..
Limpahilah hati kami dengan nur hidayah Mu agar kami menjadi generasi yang mencintai agama dan menegakkan syari’atnya, generasi yang mencintai bangsa dan memelihara kehormatannya, generasi yang mencintai negara dan mempertahankan kedaulatannya. Seterusnya bantulah kami menjadi generasi khaira ummah selaras dengan tuntutan syari’at Mu.
Ya Allah!
Pertemukanlah kami dengan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Kurniakanlah kepada kami kekuatan dan kesabaran dalam menempuh dugaan di sepanjang bulan yang penuh keberkatan, penuh kerahmatan dan penuh keampunan itu nanti. Moga-moga nanti kami berpeluang melaksanakan ibadah dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan bagi merebut seribu ganjaran yang telah engkau janjikan.

DOA MAJLIS TAUTAN KASIH
ALLAHUMMA YA MUNZILAR RAHMAH WA YA FATIHAL BARAKAH
Rasa kesyukuran penuh kehambaan kami persembahkan hanya layak kepada Mu, dengan inayah dan rahmat Mu dapat kami menyusun pertemuan dalam Majlis Tautan Kasih yang diadakan pada hari ini.Kurniakanlah pertemuan kami dalam seminar ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan daripadanya.
ALLAHUMMA YA ARHAMAR RAHIMIN
Wahai Tuhan yang Maha Melimpah Ruah Kasih Sayang Nya. Kami pohonkan dari Mu semoga pertemuan dalam seminar ini kami dikurniakan limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang berlandaskan wahyu-Mu.
Ya Allah! Pada saat dan detik ini juga, kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami kesabaran dan ketabahan, keazaman dan kekuatan dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang ibubapa yang berdedikasi, bertanggungjawab dan mementingkan kebajikan anak-anak kami. Ya Allah! Jadikanlah usaha murni kami ini sebagai penggalak dan inspirasi kepada anak-anak kami untuk terus berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik seterusnya berjaya dalam kehidupan mereka. Kami pohon dari Mu agar mereka dijadikan sebagai anak-anak yang cemerlang akhlak dan budi, cemerlang akal dan minda, cemerlang emosi dan ruhani.
Kurniakanlah kepada kami dan anak-anak kami jasmani dan ruhani yang seimbang dipandu iman, emosi yang terkawal dipimpin takwa, ammarah yang tenang diperhati akal, amal yang istiqomah digenggam keikhlasan. Hindarilah anak-anak kami daripada terjebak sebarang kancah kemaksiatan yang merosakkan, daripada sebarang pegangan dan fahaman yang menyesatkan, dan daripada perbuatan jenayah dan gejala sosial yang memudharatkan.

DOA AWAL RAMADHAN DAN DOA BUAT IBU AYAH
Ya Allah! Kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama yang erat, semangat permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pegawai di jabatan ini dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti pendidikan di wilayah kami.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Kami bersyukur atas kurniaan nikmat bulan ramadhan yang Engkau pertemukan kami dengannya pada tahun ini. Maka jadikanlah bulan ini benar-benar dapat mendidik jiwa dan ruhani kami untuk menjadi insan yang bertakwa sebagaimana matlamat puasa yang engkau fardhukan ke atas kami. Jadikanlah jua bulan ini permulaannya kerahmatan buat kami dan keluarga kami, pertengahannya keampunan buat kami dan keluarga kami dan penghujungnya kemerdekaan dari azab neraka buat kami dan keluarga kami.
Ya Allah! Dikesempatan Ramadhan yang penuh keberkatan dan kerahmatan Mu ini, limpahkanlah rahmat dan berkat Mu kepada kedua ibu bapa kami yang telah melahirkan dan membesarkan kami sehingga menjadikan kami golongan yang berjaya pada hari ini.
Kami menadah dua tangan tunduk dan sujud kepada kebesaran Mu, kau ampunkanlah dosa-dosa ibu kami. Kami menadah dua tangan tunduk dan sujud kepada keagungan Mu, kau ampunkanlah dosa-dosa ayah kami. Hulurkanlah rahmat kasih sayang Mu kepada keduanya sebagaimana mereka menyayangi kami sejak kami dilahirkan hingga ke hari ini.
Ya Allah! Kami pohonkan ihsan Mu, Kau gantikanlah setiap titisan darah dan kesakitan ibu ketika melahirkan kami dengan nikmat tidak terhingga di dalam syurga Mu nanti. Kau gantikanlah setiap titisan keringat dan keperitan ayah ketika membesarkan kami dengan nikmat bersenang lenang di dalam syurga Mu nanti.
Ya Allah!Ya Wadud!
Seandainya ibu dan ayah kami telah pergi meninggalkan kami buat selamanya, kau jadikanlah alam kubur mereka sebagai sebahagian daripada taman-taman syurga Mu, ya Allah. Kurniakanlah kepada mereka nikmat kedamaian dan ketenangan di alam persemadian mereka.
Seandainya ibu dan ayah masih bersama kami, kau hulurkanlah rahmat dan keberkatan Mu kepada kedua-duanya sebagaimana mereka menyayangi kami sejak kami masih dalam kandungan lagi.
Ya Allah!
Dalam meniti usia yang semakin dewasa ini, pimpinlah kami dengan hidayah dan taufik Mu agar kami tidak terpesong akidah, tidak melanggar syari’at, tidak merosak akhlak. Bantulah kami menjadi hamba Mu yang bersyukur walau dengan nikmat yang sedikit, menjadi hamba Mu yang bersabar dengan dugaan dan cabaran, menjadi hamba Mu yang kuat melawan godaan syaitan dan nafsu.

No comments:

Post a Comment