KERTAS
KERJA PROGRAM / AKTIVITI 2019
TAJUK :KERTAS KERJA PROGRAM: TAHSIN QIRAAH: SURAH
AL-FATIHAH
MATLAMAT/ LATAR BELAKANG:
Surah Al-Muzammil: ayat 4 yang bermaksud: Bacalah Al-Quran itu dengan
tartil (bertajwid). Saidina Ali r.a apabila ditanya tentang apakah maksud
bacaan Al-Quran secara tartil itu, maka beliau menjawab:
“Ianya
adalah mengelokkan sebutan setiap huruf dan mengetahui tempat berhenti yang
betul”.
Riwayat al-Bukhari halaman ;756 Maksudnya: Tiada
solat bagi siapa yang tidak membaca al-Fatihah.
Berdasarkan di atas pihak asrama
Sekolah Men. Teknik Tunku Abdul Rahman Putra mengambil tindakan untuk
mengadakan program ini kerana terdapat dalam kalangan murid asrama yang masih
tidak menguasai ilmu tajwid dalam bacaan AL-Quran terutamanya surah Al-Fatihah.Pelajar-pelajar
telah dikenalpasti tidak membaca surah Al Fatihah dengan bacaan yang tepat
terutamanya menyebut huruf-huruf tertentu seperti huruf ‘Ain, Qaf ,Sin, Ha’,Dal,Za dan Dhod. Sebagaimana yang sedia maklum bacaan surah al-fatihah
adalah merupakan rukun qauli dalam solat sekiranya salah bacaan fatihah dalam
solat salah maka solat individu tersebut tidak akan sah.Selain itu dengan
program Tahsin ini pelajar-pelajar dapat mendekati para alim ulama,ustaz-ustaz
atau guru seterusnya berpeluang untuk membina hubungan yang baik dengan
mereka,ini diyakini akan memberi kesan positif kepada sahsiah pelajar itu
sendiri.Justeru itu program Tahsin al-Quran ini merupakan program yang bukan
sahaja memberi nilai tambah kepada mutu bacaan fatihah tetapi menjadi nilai
tambah kepada pembinaan modal insan bersahsiah tinggi dan berkeperibadian
unggul merangkumi duniawi dan ukhrawi.
OBJEKTIF:
·
Memberikan pendedahan kepada murid mengenai bacaan
surah al-fatihah dengan tepat dan betul
·
Memberikan pengetahuan mengenai asas-asas ilmu
tajwid
·
Membina sikap keyakinan dan kesungguhan dalam diri
murid dalam menguasai bacaan yang betul dan tepat
·
Mendidik pelajar menjadi insan yang cinta akan
agama Islam
·
Menyemai sikap bertanggungjawab dalam memelihara
ilmu agama Islam
·
Membina hubungan akrab antara pelajar dan golongan
murobbi
·
Membentuk sahsiah dan peribadi muslim sejati
KUMPULAN
SASARAN: Semua
pelajar asrama
AHLI
JAWATANKUASA:
Penasihat 2: Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En
Norazman bin Samiun
Ahli Jawatankuasa :
Penyelaras: Ketua Warden ,Ustaz Muhammad bin Ismail
& Panitia Pend.Islam
Setiausaha: Pn Nurmalina Ahmad Marekan
Pembimbing bacaan: Guru-guru dan warden serta
murobbi luar (rujuk lampiran 1)
STRATEGI
PELAKSANAAN: Berdasarkan agihan tugas dan kad Tahsin Qiraah
: Semakan Kad Tahsin secara
berkala
(kekerapan 2 minggu sekali)
SUMBER
KEWANGAN : Sumbangan para warden
JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM TAHSIN QIRAAH AL
FATIHAH
TARIKH
|
MASA |
AKTIVITI |
CATATAN |
|
7.30 pagi |
Makluman program melalui siaraya
asrama dan selepas solat Maghrib |
Surau AnNur dan Dewan Mutiara
|
|
Bila-bila masa |
Pelajar bertalaqqi dengan mana mana
guru / warden yang dipilih |
Blok A, B, C ,D E, sekolah dan di Surau AnNur.
|
|
Bila-bila masa waktu cuti
persekolahan |
Pelajar bertalaqqi dengan mana
mana-mana guru /ustaz/imam/ |
Luar sekolah /sekitar kediaman
pelajar |
|
Disediakan
oleh, Disemak oleh, Disokong,
…….……………………… ………………………… ………………………..
(NURMALINA AHMAD MAREKAN) (USTAZ MUHAMMAD B. ISMAIL) (MOHD SALIM B. MOHAMED YUSOOF)
Setiausaha Penyelaras Pengetua
LAPORAN
PROGRAM TAHSIN SURAH AL-FATIHAH
1.TARIKH PROGRAM : Pelancaran program bermula 8 /4/2019 berakhir pada 11/10/2019
2.PENYERTAAN :
Semua pelajar asrama aspura & aspuri
3.PERSEDIAAN DAN PELAKSANAAN AWAL;
3.1 Perbincangan
Pihak Pengurusan sekolah bersama dengan Ketua Program Tahfiz dari KITAB
Ustaz.Yazid bin salleh. (rujuk lampiran 1)
3.2 Pelancaran
Program di adakan di Dewan Mutira pada (rujuk lampiran 2)
3.3 Bengkel
tahsin surah al-Fatihah terlebih dahulu dilaksanakan untuk para guru & staf
sekolah pada tarikh 10 mei 2019
4.PANEL PENILAI BACAAN PELAJAR
4.1 Panel-panel
penilai bacaan pelajar daripada kalangan guru-guru diagihkan mengiku blok
asrama
4.2 Para
Imam dan Ustaz di masjid Negeri
4.3 Terbuka
kepada sesiapa yang layak (Tahsin Luar Sekolah)
5.MASA PELAKSANAAN PROGRAM TAHSIN
5.1 Pelajar-pelajar melaksanakan program Tahsin
ini mengikut kesesuaian waktu mereka kebiasaan pada waktu selepas solat Maghrib
di Surau sekolah
5.2 Pelajar-pelajar juga melaksanakan sesi Tahsin
di waktu rehat atau selepas tamat waktu persekolahan dengan guru-guru
pembimbing/penilai
5.2 Pelajar-pelajar dibenarkan ke Masjid negeri
untuk Tahsin Fatihah pada waktu cuti persekolahan sekiranya tidak balik kampung.
5.3 Pelajar digalakkan untuk melaksanakan sesi
Tahsin dengan para muallim/ustaz/imam ketika mereka pulang bercuti.
6.KAEDAH PELAKSANAAN DAN PENILAIAN
6.1 Pelajar perlu bertalaqqi dengan mana-mana
guru/ustaz/imam untuk memperlokkan mutu bacaan surah al-fatihah sehingga mampu
membaca dengan baik dari segi makhraj ataupun tajwid.(rujuk lampiran 4)
6.2 Setiap kali sesi Tahsin pelajar dikehendaki
megambil tanda tangan guru pembimbing/ustaz/imam & direkod kesalahan jika
ada pada bacaan mereka pada kad Tahsin yang telah dibekalkan.(rujuk lampiran 5)
6.4 Semakan kad Tahsin dilakukan secara berkala
sebulan 2 kali untuk memantau perjalanan sesi tahsin pelajar (rujuk lampiran 5)
6.3 Pelajar perlu menyelesaikan sekurang-kurangnya
5 kali sesi tahsin.
6.5 Jumlah sesi tahsin pelajar dalam Kad Tahsin di
rekod dalam borang dan disimpan.
7.MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TAHSIN
7.1 Majlis penutupan program Tahsin disempurnakan
oleh Ketua Program Tahfiz KITAB al-Fadhil Ustaz Yazid bin Salleh bertempat di
Masjid negeri Pulau Pinang pada tarikh 11/10/2019
7.2 Sesi tahsin surah al-Fatihah oleh al-fadhil
Ustaz Yazid bin Salleh seterusnya pelajar-pelajar di ijazahkan bacaan Fatihah. (rujuk
lampiran 6)
7.3 Majlis berakhir dengan penganugerahan sijil
penyertaan Program Tahsin Surah al-Fatihah kepada 80 peserta yang berjaya
menyelesaikan minima 5 kali sesi tahsin (rujuk lampiran 6 )
8.KEKUATAN
8.1 Pihak pentadbir sekolah,Panitia Pend.Islam dan
Unit pengurusan asrama yang menyokong penuh usaha murni ini
8.2 Sokongan dan kerjasama yang baik dengan pihak
Masjid Negeri & KITAB dari segi panduan nasihat,bantuan para guru-guru
al-quran untuk melancarkan lagi program
8.3 Sekolah/asrama berhampiran dengan KITAB dan
Masjid Negeri Pulau Pinang memudahkan pelajar mendapatkan rujukan dan bimbingan
para Imam/Ustaz
8.4 Sikap positif dan kesedaran pelajar yang
tinggi untuk memperbaiki mutu bacaan Fatihah
9.KELEMAHAN
9.1 Pihak ibu bapa yang kurang mendapat maklumat
berkaitan dengan program ini menyebabkan sesi tahsin di luar kurang
dilaksanakan oleh pelajar.
9.2 Program ini tidak di jadikan program wajib
asrama menyebabkan ada di kalangan pelajar mengambil sikap sambil lewa untuk
menyelesaikan sesi tahsin
9.3 Kehadiran pelajar aspuri ke Surau terhad
meyebabkan taklimat semasa berkenaan program tidak dapat disalurkan secara
menyeluruh
9.4 Kekangan masa guru pembimbing dari kalangan
guru sekolah menyukarkan sesi tahsin dijalankan
10.CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
10.1 Pihak sekolah perlu memaklumkan kepada
Ibubapa/waris mengenai program Tahsin ini dalam mesyuarat PIBG dan dijadikan
program wajib asrama sepanjang tahun.
10.2 Ganjaran bagi pelajar yang berjaya
melaksanakan sesi tahsin di luar sekolah perlu diberikan sebagai galakan
contohnya ganjaran kupon makanan percuma di kantin sekolah
10.3 Dendaan kepada pelajar yang gagal
melaksanakan sesi tahsin mengikut bulanan perlu diwujudkan
Lampiran 1 (Mesyuarat bersama pihak KITAB)
Lampiran 2 (Pelancaran Program Tahsin Surah Al-Fatihah) Lampiran 3 (Agihan Kad Tahsin kepada pelajar)
Lampiran 4 (Pelajar melaksanakan Tahsin dengan Ustaz) Lampiran 5 (Semakan kad Tahsin pelajar)
Lampiran 6 ( Majlis Penganugerahan Sijil Tahsin Surah al-Fatihah bertempat di Masjid Negeri)