Friday, January 18, 2013

Kelebihan Ilmu dan Ulama'

1.Telah bersabda Nabi S.A.W kepada Ibnu Mas'ud R.A..Wahai Ibnu Mas'ud bermula duduk pada lingkungan orang menuntut ilmu padahal tiada engkau memegang pena dan tiada engkau menulis suatu huruf pun terlebih baik bagimu daripada memerdekakan seribu hamba dan tilikan kepada muka orang yang alim itu terlebih baik bagimu daripada memberi seribu ekor kuda untuk berperang di jalan Allah dan memberi salam engkau kepada orang yang alim itu terlebih baik bagimu daripada berbuat ibadat seribu tahun.

2.Telah bersabda Nabi S.A.W bermula seorang yang alim itu terlebih keras atas syaitan daripada seribu orang Abid (ahli ibadah) dan daripada seribu orang wara'.

3.Telah bersabda Nabi S.A.W bermula kelebihan orang yang alim atas Abid (ahli ibadah) seperti kelebihan aku ke atas umatku.

4.Telah bersabda Nabi S.A.W barangsiapa berjalan ia kerana hendak menuntut ilmu nescaya diampun oleh Allah Taala baginya sebelum ia melangkah dengan suatu langkah.

5.Telah bersabda Nabi S.A.W permuliakan oleh kamu akan sekalian ulama' maka bahawasanya mereka itu pada Allah Taala teramat mulia.

6.Telah bersabda Nabi S.A.W barangsiapa menilik ia kepada muka orang yang alim maka suka ia dengannya nescaya dijadikan Allah Taala dengan demikian tilikan itu seorang malaikat meminta ampun baginya datang pada hari kiamat.

7.Telah bersabda Nabi S.A.W barangsiapa memuliakan orang yang alim maka bahawasanya ia memulia akan daku maka barangsiapa memulia akan daku maka bahawasanya ia memuliakan Allah Taala dan barangsiapa memuliakan Allah Taala maka tempatnya itu syurga dan barangsiapa benci ia akan orang yang alim maka bahawasanya  benci ia kan daku maka barangsiapa benci akan daku maka bahawasanya ia benci akan Allah Taala dan barangsiapa benci ia akan Allah Taala maka tempatnya itu neraka.

No comments:

Post a Comment