AMT 102-kursus KV sem 1

STANDARD KANDUNGAN
:

1

Memahami dan menjelaskan hukum-hukum Islam dalam bidang ibadah


STANDARD PEMBELAJARAN
:
1.1
Menjelaskan asas hukum dan keistimewaan Syariah Islamiah


KRITERIA PENCAPAIAN
:
1.1.1
Menyatakan takrif hukum-hukum berikut:
i.                    Wajib
ii.                  Sunat
iii.                Haram
iv.                 Makruh
v.                   Harus



1.1.2
Menyatakan keistimewaan syariah Islamiah berdasarkan perkara-perkara berikut
                         i.             sempurna dan lengkap.
                       ii.             sesuai sepanjang zaman.
                     iii.             tidak membebankan.
                      iv.             adil.



1.1.3
Meyakini keadilan hukum Allah SWT.




KRITERIA PENCAPAIAN
:
1.1.1
Menyatakan takrif hukum-hukum berikut:
i.                    Wajib
ii.                  Sunat
iii.                Haram
iv.                 Makruh
v.                   Harus




Wajib: Perkara yang diberi pahala apabila melakukannya dan berdosa apabila           meninggalkannya.Contoh: Solat lima waktu dan menunaikan haji
Sunat: Perkara yang diberi pahala apabila melakukannya dan tidak berdosa apabila meninggalkannya. Contoh: Solat Sunat Tarawih.
Harus: Perkara yang tidak diberi melakukannya dan tidak berdosa meninggalkannya. Contoh: Makan dan minum.

Makruh: Perkara yang diberi pahala apabila meninggalkannya dan tidak berdosa apabila melakukannya. Contoh: Memakan makanan berbau busuk.

Haram: Perkara yang berdosa apabila melakukannya dan diberi pahala apabila meninggalkannya.

KRITERIA PENCAPAIAN
:
1.2.1
Menyatakan keistimewaan syariah Islamiah berdasarkan perkara-perkara berikut
                         i.             sempurna dan lengkap.
                       ii.             sesuai sepanjang zaman.
                     iii.             tidak membebankan.
                      iv.             adil.




Sempurna dan Lengkap: Syariah Islamiah merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia iaitu ibadat, muamalat, munkahat dan perundangan.
i.                     
Sesuai sepanjang zaman dan tempat: Syariah Islamiah sesuai diamalkan pada bila-bila masa dan tempat dalam semua situasi dan keadaan.
ii.                   
Tidak membebankan: Syariat Islamiah sesuai dengan kemampuan manusia. Islam mengambil kira keadaan-keadaan tertentu semasa melaksanakan perintah Allah. Contohnya: apabila seseorang itu tidak mampu berdiri dia boleh bersolat dalam keadaan duduk.
iii.                 
Adil: Syariat Islam tidak membezakan taraf hidup, pangkat dan kedudukan manusia dalam hukum hakamnya.
iv.                  






KRITERIA PENCAPAIAN
:
1.1.3
Meyakini keadilan hukum Allah SWT.
  
           
Yakin kepada semua hukum dan perintah Allah SWT adalah adil dan sesuai      dilaksanakan.
i.
Melaksanakan semua perintah Allah SWT dan meninggalkan semua larangan -Nya.
ii.
       


CADANGAN PENTAKSIRAN
:


i.        Senaraikan hukum-hukum dalam Islam berserta contoh.
ii.        Terangkan pengertian hukum wajib.
iii.        Jelaskan perbezaan antara wajib dan sunat.
iv.        Senaraikan keistimewaan Syariat Islamiah.






BIDANG HADIS
Tajuk : Tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah di hari Kiamat.
Objektif/Kriteria Pencapaian:

1.Pelajar dapat membaca hadis dengan betul
2.Pelajar mampu menyatakan terjemahan hadis
3.Pelajar dapat menjelaskan tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah
4.Pelajar dapat menjelaskan pengajaran yang terdapat dalam hadis tersebut
5.Pelajar berusaha untuk mencapai ciri-ciri golongan yang mendapat perlindungan Allah.

1.1.1 Hadis


 :عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رَضِى اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لاَظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ إِمَامٌ عَادِلٌ، وَشَابٌ نَشَأ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ،وَرَجَلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِى الْمسَاجِد وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِى اللهِ، اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ،وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ: إِنَّى أخَافُ اللهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأخفَاهَا حتَّى لاَ تَعْلَمُ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ              يَمِيْنُهُ،وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ خَلِيْلً فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ



1.1.2  Terjemahan hadis
Maksudnya :Daripada Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:” 7 golongan manusia yang dilindungi Allah pada hari kiamat,hari yang tidak ada bayang-bayang melainkan baying-bayang Nya. Pemimpin yand adil; pemuda yang hidupnya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah Azza Wajalla;.seseorang yang hatinya terikat dengan masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah Azza Wajalla ; (lelaki)orang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian,lalu menitis air matanya
-Hadis Riwayat Bukhari

1.1.3  Tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah di hari kiamat :
1. Pemimpin yang adil
2. Pemuda yang hidupnya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT
3. Lelaki yang hatinya terpaut pada masjid
4. 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT
5. lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah
6. Seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya
7. Seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian hingga mengalir air matanya.

1.1.4  Pengajaran hadis
1.Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh menjadi sebahagian daripada 7 golongan seperti dalam hadis
2.Kita hendaklah berdoa dengan memohon naungan dan perlindungan Allah S.W.T di padang mahsyar nanti
3.Kita hendaklah mengamalkan segala suruhan dan menjauhkan larangan Allah S.W.T supaya mendapat perlindungan di dunia dan di akhirat.

1.1.5  Usaha mencapai ciri-ciri golongan yang mendapat perlindungan Allah S.W.T di hari kiamat
1.Membaca dan mengamalkan zikir-zikir selepas solat
2.Sentiasa solat berjemaah di masjid
3.Memilih sahabat yang membawa ke arah kebaikan
4.Menghindarkan diri daripada perkara yang boleh membawa kepada perbuatan zina seperti menonton filem lucah dan melayari laman web porno/lucah dan menjaga batas pergaulan.
5.Melatih diri menjadi pemimpin yang adil,amanah dan bertanggungjawab

Pentaksiran ;
1.Senaraikan tiga daripada tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah S.W.T di padang Mahsyar seperti dalam hadis.
2.Huraikan maksud “Dua orang yang saling kasih mengasihi,bertemu dan berpisah hanya kerana Allah S.W.T”
3.Jelaskan tindakan yang perlu diambil oleh seseorang pelajar untuk menjadi pemimpin yang adil bagi diri sendiri.


No comments:

Post a Comment